Fasa Terakhir KPLI dan Sajak Kematian

Fasa terakhir KPLI

Aku sedang menghayati minggu minggu yang terakhir sebelum bercuti. Minggu peperiksaan telah pun berlalu dan hanya menunggu kursus KISSM dan BTN sahaja lagi.Sekarang ini berdebar menunggu di manakah nasib aku untuk di tempatkan adakah di semenanjung atau aku akan berpeluang untuk naik belon ke sabah dan sarawak?.

Sajak Kematian

Banyak isu isu pendidikan yang kita dengar sekarang, antara  isu semasa  yang paling hangat ialah mengenai sajak Kematian yang di tayangkan kepada murid sekolah rendah. Ada pro dan kontranya, DS Hismuddin Hussien telah menyatakan pendapatnya yang tidak bersetuju mengenai tayangan ini di sebabkan ketidaksesuaian usia murid murid ini untuk melihatnya.

Bagi yang  bersetuju pula ada juga hujah mereka tersendiri. Ada yang berpendapat tayangan ini memberi banyak faedah contohnya kesedaran anak mereka kepada kepentingan mengerjakan solat telah bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Tambah mereka lagi jika nak di bandingkan dengan ketakutan yang di alami oleh murid murid ini, apakah bezanya dengan tayangan di kaca tv? contohnya cerita hantu di TV3 setiap malam jumaat ataupun cerita Seeker di NTV7? dan banyak lagi vcd cerita seram yang mudah di beli di pasaran. Menurut mereka lagi di bandingkan dengan tayangan sajak kematian yang di pantau oleh guru, tayangan yang di TV ini pula kadangkala tanpa pengawasan sesiapa jika ibubapa tiada di rumah.mati

Advertisements

Aku menggunakan Celcom Broadband yang aku rasa agak mengecewakan. Berbanding Streamyx yang ada kat rumah sewa aku ni, broadband ni agak lembap berbanding harga yang terpaksa aku bayar tiap2 bulan RM 98 tu.

Bulan 11 adalah bulan terakhir aku mendapat elaun. Dah la satu sumber pendapatan sampingan aku bermasaalah sekarang, kalau tak lepas la bil broadband dengan bil Maxis aku tiap bulan. Ini adalah kerana BNM dah buat serbuan, tak tau la bulan depan masih dapat ke tak.Harap2 tak ada la masaalah. Kompeni ni bagus dari segi paymentnya, dalam tempoh satu tahun stgh ni memang aku dapat x lebih dari 5hb tiap2 bulan, tapi harap2 mahkamah dapat ler membebaskan tuduhan tu, kerana banyak telah menolong orang melayu memiliki pendapatan. Bukan aku jer yang masuk ramai lagi!!. Majoritinya melayu!.

Kadang 2 rasa menyampah pun ada! yer la masaalah along tak der plak nak buat tindakan betul2, tapi yer la undang2 tetap undang2!. Tu la tak ada lesen kutip duit orang!.Hanya Institusi kewangn jer dengn bank yang ada lesen tu.

Time keadaan sekarang baru aku terfikir sesuatu!, hanya ada 2 jer jalan nak nak senang dan kaya. Jalannya ialah beli dengan harga murah, jual balik dengan harga mahal dan jugak bagi apa apa khidmat kepada orang ramai. Itu sebenarnya kunci kekayaan asas yang telah terbukti dan di amalkan oleh orang2 yang telah kaya di dunia. Malah Rasullulah telah bersabda bahwa 9/10 kekayaan datang dari perniagaan. Jadi itu lah sebenarnya yang aku nak sampaikan ni.

8000 Kakitangan Sokongan di sekolah

KUALA TERENGGANU 10 Okt. – Sebanyak 8,000 kakitangan sokongan penyelenggaraan komputer akan ditugaskan ke 10,000 buah sekolah tahun depan bagi membolehkan guru memberi tumpuan kepada tugas mengajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah meluluskan pelantikan kakitangan sokongan berkenaan.

Katanya, kakitangan sokongan berkenaan akan ditempatkan di sekolah rendah dan menengah yang mempunyai makmal komputer.

“Sebelum ini, kementerian hanya mewujudkan makmal komputer di sekolah-sekolah tanpa mengambil kira penyelenggaraan komputer berkenaan sehingga membebankan guru-guru.

“Pelantikan kakitangan sokongan ini akan membantu mengurangkan beban guru dan membolehkan tumpuan terhadap pembelajaran dalam kelas,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Terengganu di sini hari ini.

Razali menambah, pelantikan itu juga akan membantu mengurangkan kos penyelenggaraan komputer yang sebelum ini turut menggunakan khidmat syarikat swasta.

“Kakitangan sokongan berkenaan yang terdiri daripada lulusan politeknik dan institusi kemahiran akan dapat membantu menyelenggara komputer tanpa sebarang kos tambahan,” katanya.

Dalam pada itu, Razali memberitahu, kementerian juga sedang mengkaji masalah guru terpaksa melakukan kerja-kerja perkeranian sehingga mengganggu tumpuan mereka terhadap tugas hakiki.

“Kementerian akan meminta JPA supaya meluluskan lebih banyak kakitangan sokongan terutama kerani,”ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Praktikal,Hari Raya

Agak lama saya tidak posting sebarang topik kerana tugasan praktikum yang banyak. . Mengenai posting blog ni baru saya sedar bukan semua orang boleh menjadi seorang penulis yang baik dan konsisten, kerana posting blog ni memerlukan semangat dan kerajinan yang tinggi. Saya ni hanyalah menulis untuk mencatat pengalaman diri semoga pada satu hari nanti pengalaman yang saya tulis itu tersimpan sebagai kenangan peribadi yang ada nilai ilmu dan juga  ibarat menulis di dalam sebuah diari. Bezanya menulis di dalam blog dapat mengekalkannya dalam tempoh sampai bila-bila jika tak ada apa berlaku kepada wordpress ini.Haha.

Bagi seorang bakal cikgu seperti saya ni, agak rugi rasanya kalau saya tidak menulis sesuatu yang berlaku di persekitaran saya yang tidak berlaku kepada seorang yang bukan cikgu. Apabila pengalaman tersebut di tulis ia boleh mewarnai dunia penulisan blog di Malaysia.

Blog ini sebenarnya saya jadikan sebagai pemangkin kepada latihan menulis untuk diri saya. Manalah tahu, dengan penulisan yang konsisten ini, saya dapat memperkembangkan kebolehan menulis yang saya tidak pernah gali sebelum ini.

Mengenai praktikum yang telah berakhir sebelum hari raya lepas, saya dapat menjalaninya dengan lancar tanpa masalaah yang besar dan dapat  di atasi dengan sebaiknya. Pada minggu terakhir ,adalah minggu yang bercampur baur antara keinginan untuk balik ke Maktab dan perasaan sayang kepada murid yang mula di rasai kerana murid sudah mulai mesra dengan saya.

Pengalaman praktikal ini memang tidak boleh di lupakan kepada saya. Ia adalah tempat pertama saya mengajar seumur hidup saya!. Tidak semudah yang di sangka. Bukan masaalah mengajar yang menjadi masaalah utama, tapi masaalah mengawal murid. Kerana jika guru gagal mengawal murid, memang gagal sessi pengajaran guru.

Pengalaman guru lama memang berguna, terima kasih kepada guru guru di SK Kajang kerana kerjasama dan dorongan dan nasihat yang berguna seperti Pn Rosnani Cikgu Kepoh! haha !haha!, Cikgu minyak Dhab(Hassan),CIkgu Kueh Raya dan ramai lagi cikgu lain yang banyak mewarnai tempoh praktikal saya ini. Tak lupa rakan pelatih yang gelabah time kene observe! haha! Cikgu Fairus dan Cikgu Fadlinasri, juga cikgu Nubhan,Cikgu Baharun,Ele dan Cikgu Huda dari IPSIS.

Saya juga ingin memohon maaf kepada pihak pihak yang merasa terkilan atau tidak senang dengan tulisan saya yang tidak seberapanya ni, kerana saya ini budak baru belajar. Andai tidak terlewat,  sempena bulan Syawal ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya  Maaf Zahir dan Batin.

Kenangan berpuasa

Kenangan berpuasa semasa kanak kanak amatlah seronok berbanding semasa menjadi dewasa. Beberapa kenangan yang masih aku ingat sehingga kini mengenai bulan puasa. Tak salah aku semasa aku darjah 2 aku sudah berpuasa penuh walaupun masa tu aku berbasikal kesana ke mari namun semangat aku untuk berpuasa tetap kental.
Tapi ada satu kenangan semasa aku di darjah 3, masa itu di waktu tengahari. Aku berbasikal memusing kampung namun masih tak dapat nak menghabiskan kerana kampung aku amat luas, cuma jika di kira kawasan kariah aku sudah melepasi 3 kariah masjid. Kariah ni maksudnya ialah pembahagian kawasan di dalam kampung kerana kawasan kampung ku yang besar itu.
Berbalik kepada cerita tadi, masa itu aku merasa lapar yang amat sangat.Tapi aku tekad untuk tidak tinggalkan puasa pada tahun tu kerana tahun lepasnya aku dapat mencukupkan puasa selama 30 hari. Namun oleh kerana desakan nafsu lapar yang amat-amat aku mencari helah untuk menjustifikasikan tindakan aku itu. Pada masa tu kat depan rumah aku tu, mak aku ada menanam mentimun, ada beberapa buah timun yang muda ada keluar. Aku mengambil sebijik buah timun yang paling kecil dan memakannya. Selepas makan itu aku telah berniat berpuasa kembali kononnya puasa aku tadi dah batal. Jadi sebelah petang aku punya puasa kira adalah separuh. Haha.

lihat,dengar,baca dan tulis