Category Archives: Coretan Seorang Guru

Guru Data buat rancangan ringkas Data di buku RPH

Hari ini saya di mesyuarat verifikasi data di Sk Taman Prima Gombak. Dalam mesyuarat hari ini, antara perkara yang di beritahu kepada Guru Data ialah keperluan untuk Guru Data membuat rancangan ringkas tentang pengurusan data yang perlu di buat setiap hari di sekolah di dalam buku rancangan mengajar.  Sebenarnya,  Guru Media sudah lama membuat ringkasan ini di dalam buku rancangan  mengajar mereka.

Sebelum ini , tidak ada keperluan seperti ini. Namun untuk penambahbaikan kepada cara kerja Guru Data sedia ada, maka perlu Guru Data menghasilkan rancangan ringkas harian. Guru Data sebenarnya perlu  di peruntukkan sebanyak 4 masa setiap hari hanya untuk pengurusan data. Namun, apabila tiada rancangan ringkas kerja harian di tulis di dalam buku rancangan mengajar maka ada pihak beranggapan  guru data tidak melakukan  apa apa kerja.

Namun, pihak pentadbiran  sekolah perlulah tidak memberi relief pada masa yang telah diperuntukkan sebanyak 4 masa sehari itu untuk  pengurusan data.  Dan jadual masa mengajar guru data perlulah di masukkan dengan 4 masa sehari itu dalam jadual induk.

Sekian.

Advertisements

Tanggungjawab=Gaji yang Berkat

 Tanggungjawab guru yang utama ialah mengajar. Semua orang sudah sedia maklum. Tugas lain seperti mengurus atau melaksanakan aktiviti sekolah adalah tanggungjawab sampingan.Kedua duanya sama penting.
 Tanpa pengurusan yang baik sekolah akan tunggang langgang. Ibaratnya seperti negara tanpa kerajaan, masjid tanpa bilal dan imam.
murid murid yang dahagakan ilmu dari seorang guru
Guru haruslah masuk ke kelas yang di ajarnya, tanpa mengenal siapa kita. Biarpun kita pentadbir yang hebat.
Kasihanilah  murid yang anda tinggalkan itu. Apa lagi yang anda ajar itu ialah subjek utama, yang berat  pelajarannya.  Jadikanlah gaji anda berkat. Jangan makan duit yang haram. Tidak melaksanakan tugas tetapi mengambil gaji darinya seumpama makan duit haram.
yusriwahab: nasihat untuk diri sendiri juga…

Cikgu Pakai Lencana, Murid Bawa Bendera Di Sekolah

Tulisan di bawah aku ambik  dari sebuah blog iaitu MSO. Melayu.Com. Baca dan renungkanlah..Tuan MSO mintak perkenan yer saya meminda sedikit..
LANGKAH kerajaan membenarkan guru siswazah Gred DG41 hingga DG 48 boleh aktif dalam politik menimbulkan pro dan kontra.

Sebelum ini guru-guru siswazah dibenarkan aktif dan memegang jawatan dalam parti politik. Mulai tahun 1993 satu peraturan baru diperkenalkan di bawah Peraturan 21, Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 – di mana guru siswazah tidak dibenarkan memegang jawatan atau aktif dalam politik kecuali pegawai sokongan saja.

Peraturan itu dibuat untuk kebaikan perkhidmatan awam itu sendiri mungkin setelah mendapati guru-guru yang aktif dalam politik mengabaikan tugas mereka di sekolah. Kesannya merugikan pendidikan dan murid. Kenapa tidak, bila guru sudah terlibat dalam politik masa mereka banyak dihabiskan kepada politik. Atau terpaksa berpawah dengan politik. Malam berceramah siang bermesyurat atau menghadiri program parti. Ada kalanya tidak sempat nak ke sekolah.

Kisah cikgu Shaari dalam filem Masam-Masam Manis yang jadi penyanyi sambilan di kelab malam kita lihat sudah menganggu tugasnya sebagai guru di sekolah. Asyik tidur saja. Kalaulah cikgu aktif dalam politik apa lagi memegang jawatan ketua atau timbalan atau setiausaha, tentu akan tidur lebih teruk daripada cikgu Shaari itu.

Hal ini benar-benar berlaku bukan rekaan. Akhiarnya yang jadi mangsa ialah anak-anak murid di sekolah. Masuk penggal dua setengah daripada sukatan pelajar yang diajarkan oleh guru aktif politik belum khatam lagi. Siapa rugi?

Bukan itu saja, ada juga cikgu yang aktif dalam politik ini menyalah gunakan harta benda sekolah. Misalnya menggunakan peralatan dan kemudahan pejabat untuk aktiviti parti. Saya masih ingat semasa sekolah dua bagaimana dua orang cikgu sekolah saya (keduanya lulusan siswazah, seorang guru besar dan seorang penolong kanan) terlibat dalam politik.

Seorang memegang jawatan setiausaha parti peringkat kawasan dan seorang guru besar menjadi penyokong setia sebuah parti. Dalam sebulan mereka akan menghadiri aktiviti parti dan terpaksa tuang kelas terpaksa meminta cikgu lain mengganti tempatnya. Yang seorang mengajar Bahasa Melayu dan seorang lagi mengajar Ilmu Alam (Geografi).

Cikgu yang menjadi setiausaha itu saya tengok hampir setiap minggu bersama buku cadangan mengajarnya dikilik sama minit mesyuarat partinya atau terselit surat jemputan berlogokan parti. Ada kalanya dia menggunakan stensilan (kertas pendua) pejabat untuk menaip minit mesyuarat bahagian partinya. Begitu juga dengan kemudahan mesin pendua turut digunakan. Kertas untuk dicetak soalan ujian digunakan untuk mencetak minit mesyuarat.

Kerana cikgu besar juga parti sama dengan cikgu itu dia tidak ditegur. Dia sendiri pernah masuk mengajar tanpa memecat lencana parti yang tersemat di dadanya. Ceritanya, suatu hari dia baru pulang dari penamaan calon satu pilihan raya kecil di Kota Bharu. Terlupa nak buang lencana parti politik terus masuk ke kelas saya untuk mengajar. Saya dan murid lain menyedarinya. Tidak ada siapa berani nak menengur guru berkenaan. Saya yang memang membawa bendera sebuah parti politik sebagai sapu tangan, mengelurkan dari poket dan mengelap muka.

Cikgu besar itu ternampak dan menerkam ke arah saya. “Siapa suruh bawa bendera parti ke sekolah. Kecil-kecil dah nak main parti ke?” sergahnya dengan muka merah. Mukanya yang hitam saya nampak merah menyala macam ayam bapak kejar betina. Murid lain tercengeng ketakutan.

“Itu… cikgu pakai apa! Cikgulah yang ajar saya,” saya menunjukkan lencana parti yang tersemat di dadaya. Dia memandang ke dadahnya dengan muka marah.

Apa lagi si cikgu besar ini naik angin. “Mari ikut aku ke bilik,” dia memerintah saya memasuki ke biliknya. Bilik guru besar. Di dalam bilik dia suruh saya buang bendeara itu dan jangan bawa datang ke sekolah lagi. Saya melawan dengan mengatakan, saya tidak akan buang kalau cikgu juga tidak buang bendera parti di baju cikgu.

Dia membuka lencananya dan letak atas meja. Dan saya juga meletakkan bendera parti yang saya buat sapu tangan atas mejanya. Sambil memberi amaran kepada saya dia berjalan diiringi saya masuk semula ke kelas menyambung pelajaran Geografi yang masanya sudah tersisa lebih separuh.

Ha, itulah sekelumit kisah daripada bahana cikgu yang tergila dan mabukkan politik. Jadi berhubung dengan kebenaran guru aktif dalam politik mulai 1 Ogos nanti seperti diumumkan KSN, Tan Sri Mohd Sidik Hassan(foto) itu, saya bimbang akan ada cikgu yang menjadi seperti dua orang cikug saya itu. Kalau adalah perangai macam itu parahlah anak murid.

Jadi kesimpulan kelongaran yang diberikan itu tidak menguntung murid sekolah dan bakal menyeksakan kehidupan cikgu yang gian untuk aktif dalam politik. Tersilap aktif mereka akan menerima bahana ditukar ke hulu negeri. Adalah elok kalau kelonggaran itu tidak dibenarkan, biarlah cikgu mengajar muridnya tanpa diganggui dengan elemen-elemen politik. Atau kalau benar mahukan pemimpin berpengalaman, berilmu maka bukalah kelongaran itu kepada semua jangan saja kepada Umno. Saya tegaskan kalau dilihat cara kita berpolitik elok larangan itu dikekalkan.

Kem Bestari Solat

cropped-d-ckgu.jpg

Tak kira guru agama atau guru akademik biasa,tak kira guru lama atau baru,Semua mesti terlibat dalam kem bistari solat.

Saya  pun terlibat sama.Mengajar untuk kelas tahun 1. mengajar cara mengambil wuduk dengan betul, dan mengajar niat wuduk kepada murid-murid.

Banyak telatah murid ni..ada yang lambat, ada yang cepat memahami apa yang kita ajar. Murid yang cepat ni kita akan rasa suka. Tapi kalau terkena yang lambat …nak marah rasanya..itulah emosi seorang guru sama seperti manusia biasa. Cuma sebagai guru mestilah pandai mengawal emosi itu dengan sebaiknya.

 

 

Aiman si Budak Nakal: Eps 1

Kali ini Aiman sudah tidak ingat sudah berapa kali rotan Guru Besar mencium punggungnya.Rasanya mungkin Guru Besar sendiri sudah tidak ingat ,maklumlah Aiman pelajar paling popular yang kerap berkunjung datang ke biliknya untuk mendapat hadiah itu.

Bukan sahaja Aiman dan Guru Besar sahaja dah bosan dengan perkara rotan ini, tapi rotan pun sebenarnya naik muak dengan punggung Aiman yang rata sahaja itu.

di petik dari:http://2.bp.blogspot.com

Aiman adalah anak kepada Cikgu Hasnah (bukan nama sebenar) . Cikgu Hasnah tidak mengajar di sekolah anaknya itu. Sebabnya Aiman adalah murid tahun 5, manakala ibunya adalah guru sekolah menengah.

Aiman tidak di sayangi di sekolah samada oleh cikgu, murid, malah Pakcik Shahrom yang juga di kenali dengan Pakcik Reso pun tak sayang kat dia.
Aiman bukan tidak pandai, dia pandai , dia mewarisi kepandaian yang ada pada ibunya dan juga ayahnya yang  juga seorang pegawai bank.  Cuma pandainya macam macam. Dia pandai bergaduh, pandai bertumbuk, pandai memikat gadis tahun 6 dan yang penting dia lebih berani dari murid tahun 6.  Ada beberapa kali juga muka budak tahun 6 bengkak di kerjakan si Aiman ni.

Aiman tak kisah pun kalau dia di benci.Biarla orang nak benci dia.Ada juga yang suka dan sayang kat dia.Haikal  , Radzi ,Safik  dan 2, 3 orang lagi murid  5 cekal suka berkawan dengan dia.  Sheda budak pengawas  awek dia tahun 6 itu pun sayang kat dia. Ayah dan mak dia pun sayang kat dia.

Sudah 3 kali Aiman bawa balik surat pindah sekolah yang di bagi  oleh guru besar. Dia dah bagi kat emak  surat itu  tapi emak dia buat tak kisah jer.

Lama lama surat tu pun hilang entah kemana. Mungkin ada kat tempat pembuangan sampah. Cikgu Hasnah malas nak melayan  surat itu. Baginya itu bukan penyelesaian masaalah Aiman. Baginya ,sepatutnya cikgu kena mendidik  murid bukan  Cuma  nak mencuci tangan dengan menghantar dia kat sekolah lain.

 Di rumah , cikgu Hasnah lihat Aiman budak yang  baik. Apa yang di suruh ibunya dia mengikut saja tanpa membantah.  Mengaji Al-Quran pun sudah masuk juzuk 21.  Takkan Aiman sejahat itu di sekolah.  

bersambung….

HAKCIPTA TERPELIHARA: P@C:2010 ydamar Publication SB

Kelas 5 Cekal

Kelas 5 cekal sebuah kelas yang menjadi sebutan di kalangan guru-guru. Terdapat beberapa orang murid yang menjadi sebutan di dalam kelas itu. Aiman Zikri,Haikal dan Radzi menjadi buah mulut guru-guru lain. Rasanya tak ada guru yang minat nak mengajar di kelas itu. Maklumlah murid muridnya sangat nakal dan kurang ajar.

Cikgu Nizam rupanya yang bertuah dapat mengajar di kelas tu. Nak buat macammana. Lagipun Nizam  hanya  guru biasa  praktikal pulak tu!. Cikgu Nizam akui agak susah untuk  ‘handle’ kelas ini. Masa dia mengajar, murid di kelas ini  boleh berjalan jalan ke meja murid lain   tanpa rasa takut dengan guru. Siap boleh bergaduh pulak tu. Arggh..rasa macam nak naik jer tangan Cikgu Nizam..tapi apakan daya dia hanya berpraktikal di situ. Cikgu Nik yang ‘handle’ Cikgu Nizam tu pun murid 5 cekal  tidak gerun.

Tapi, pada satu hari  kira kira jam 12.30 tengahari….tap..tap bunyi sepatu kulit hitam melangkah masuk ke kelas 5 Cekal. Namun kelibatnya tak di hirau oleh sesiapa..apatah lagi Aiman Zikri. Tugasnya ialah untuk menjaga kelas itu.

Aiman degil dan tidak mahu membuat kerja yang di beri oleh cikgu Nizam. Apabila barang permainannya di rampas oleh cikgu Nizam.Si Aiman cuba memperolok dan mencabar cikgu Nizam

Aa cikgu ambil la semua ni ..dengan beg ni sekali!.sambil mengeluarkan begnya dari bawah meja dan memberi kepada Cikgu Nizam.

Cikgu Nizam yang bersepatu hitam itu sangat berang. Memang dia tak mampu mengawal kemarahannya. Tambahan lagi dia ialah seorang cikgu praktikal yang masih kurang jiwa keguruan.  Tangannya di angkat dan hinggap di pipi Si Aiman. Aiman terjatuh. Dia menangis. Cikgu Nizam tersedar bahawa tamparannya sangat kuat hingga menyebabkan Si Aiman terjatuh dari kerusinya.

di petik dari:http://images04.olx.com

Masaalah Pembelajaran

Barulah aku tahu mengajar ni nampak macam mudah tetapi sebenarnya tak mudah seperti yang di sangka. Aku mengajar Bahasa Melayu dan bukan opsyen aku,aku ajar budak kelas tahun 5 dan ada yang tak boleh membaca dan masih tak mampu mengeja. Bayangkanlah!. Aku terpaksa pula membahagikan kelas tu kepada 3 bahagian. Pertama yang agak pandai,kedua yang boleh membaca tetapi amat lemah,ketiga pula langsung tak boleh membaca. Jadi semasa aku mengajar aku mengajar mengeja untuk yang tak pandai membaca, mengajar untuk yang pandai dan juga mengajar untuk yang lemah tetapi boleh membaca. Yang agak pandai dari 19 orang itu cuma 5 orang sahaja.Adus..Kadang kadang terasa letih aku. Aku kesian kat budak budak yang tak boleh baca tu. Aku harap cuma dapat bagi mereka pandai baca jer untuk kehidupan diorang nanti.Kalau ada yang terbaca ni boleh tak bagi idea macamana aku nak atasi masaalah ni dengan cara yang terbaik..