SSO: Keperluan dan Cabaran Intergriti

ssoLaman SSO atau Single Sign On adalah satu lagi inisiatif KPM bagi mewujudkan penyelesaian masalah guru yang terpaksa log masuk ke pelbagai sistem dengan pelbagai id dan password.

Kerja guru seperti mengisi markah di SAPS,  guru kelas yang mengemaskini maklumat murid di  APDM, mengemaskini E-Operasi, Eg-tukar, Emis,SSDM dan pelbagai ‘E’ lagi adakalanya mengelirukan.
Bukan itu sahaja dengan banyaknya sistem ini, guru adakalanya terlupa ID dan kata laluan. Ini menimbulkan masalah dan merugikan masa berkualiti guru di sekolah.

Wujudnya SSO adalah untuk menggabungkan kesemua sistem sistem online tersebut dengan hanya menggunakan id dan password yang satu dan tunggal. Uniknya, ID yang digunakan adalah Kad Pengenalan guru tersebut dan password pula mengikut pilihan guru itu sendiri.

Namun isu kerahsiaan menjadi cabaran utama bagi sistem SSO ini. Bayangkan sekiranya guru yang bukan pentadbir sekolah mengetahui id dan password SSO pentadbir mereka.

Dengan ID tunggal ini sebenarnya mereka boleh ‘acess’ ke sistem sistem lain di dalam portal tersebut.Sistem E Tatatertib ePrestasi,Epangkat yang tidak patut diketahui oleh guru guru lain mungkin dapat diketahui oleh guru yang menceroboh itu.

Di sinilah letaknya intergriti pentadir dan guru samada membenarkan ID mereka diberi kepada guru lain untuk ‘membantu’ atau melakukannya sendiri.

Untuk jawapan tersebut nantikan sahaja adakah sistem ini berjaya mengambil alih sepenuhnya sistem sistem terpisah tersebut. Mungkin juga sistem yang ada kini masih boleh di log masuk tanpa menggunakan SSO akan lebih menimbulkan tanda tanya dan menambahkan lagi kekeliruan.

ANDA BOLEH MELAYARI sso di link berikut
https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s