Tempat Menarik di Port Dickson- Ostrich Farm

Berkunjung ke Port Dickson dan tercari cari tempat menarik untuk di lawati? . Cadangan saya berkunjunglah ke Ladang Burung Unta di Port Dickson salah satu tempat  menarik yang terdapat di Port Dickson.

Pengunjung boleh memberi makanan kepada burung unta – Gambar Fail yusriwahab.com
Pandangan hadapan Ostrich Farm Port Dickson-Gambar Fail yusriwahab.com

Ostrich Farm sebuah tempat menarik di Port Dickson. Ia terletak berhadapan Politeknik Port Dickson.Kedudukannya hanya 5 Km dari Pantai Teluk Kemang.

Sebuah tempat menarik untuk kanak kanak kerana selain melihat haiwan pengunjung juga boleh memberi makanan kepada haiwan haiwan ini.Umpan seperti rumput dan jagung boleh dibeli di kaunter.

Seikat rumput berharga RM 3. Namun demikian kuda dan keldai dilarang oleh pemilik untuk diberi makan atas sebab sebab yang tidak diketahui.

Walaupun diberi nama Ostrich Farm,ada juga haiwan haiwan lain di ladang burung unta ini .

Tempat ini sebenarnya seperti mini zoo. Ada haiwan haiwan lain seperti keldai,kuda,arnab,angsa,itik,unta dan kambing.

Menunggang kuda di Ostrich Farm aktiviti menyeronokkan bagi kanak kanak-Gambar Fail yusriwahab.com
Bayaran RM 5 dikenakan sekiranya ingin menunggang kuda,. Semasa menunggang kuda, pembantu akan membantu mengawal kuda tersebut untuk keselamatan.

Di ladang ini kita juga boleh minum dan makan di kafe yang terletak ditengah ladang.

Begitulah salah satu tempat menarik di Port Dickson yang saya kongsikan kali ini.

Untuk artikel penuh     BACA –Tempat Menarik di Port Dickson 
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s