Salam 2013

Bulan Januari sudah di lewati, Kini Febuari telah hampir 2 minggu di tahun 2013. Masa sering jadi alasan untuk menulis di dalam blog, sedangkan pada hakikatnya kita ada masa 24 jam sehari x 7 hari seminggu untuk kita bahagikan hanya beberapa jam untuk mengumpul maklumat, menulis dan terbitkan di dalam blog. Namun itulah juga alasan yang di berikan sebab tidak menulis di dalam blog ini.

Kesibukan tugas sebagai guru bukan sahaja di sekolah tetapi terpaksa di bawa pulang ke rumah. Penat mengajar tidaklah setakat mana tetapi kesibukan tugas tugas sebagai guru Data mungkin hanya guru Data sahaja yang memahami.

Di tambah lagi kesibukan mengurus keluarga dengan anak kecil 2 orang, isteri yang bekerja mengikut shift sememangnya satu cabaran untuk menguruskan masa dengan sebaik baiknya.

Di samping masa sudah tentu keterbatasan ilham dan idea menulis menjadi masalah bagi kebanyakan penulis blog yang kurang berbakat seperti saya. Oleh kerana blog ini bertajuk duniacikgu, sudah tentu blog ini hanya berkaitan dengan dunia pendidikan dan persekitarannya.

Banyak isu pendidikan sedang kita alami dan telah lalui sepanjang 2012. Sudah tentu isu pendidikan berkaitan dasar dasar kerajaan terbaharu adalah topik utama. NKRA masih di perkatakan dan sudah tentu Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 adalah topik paling popular dalam dunia pendidikan 2013 ini.

Tidak di kesampingkan  adalah KSSR yang sedang berperingkat peringkat mengambil alih KBSR sepenuhnya menjelang 2016 di peringkat sekolah rendah dan menengah. Ada warga pendidikan  yang melihat  kurikulum ini dari segi positif dan ada juga yang melihatnya dari sisi negatif. Banyak orang banyak pendapatnya.

Itu sahaja buat permulaan 2013 ini. Di harap 2013 ini menjadi tahun yang agak baik buat kerjaya kita semua sebagai seorang guru atau warga pendidikan secara amnya.

 

 

 

One thought on “Salam 2013

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s