Waktu Kerja guru 9 Jam

Minggu peperiksaan sudah berakhir, kini murid dan guru akan menghadapi cuti akhir semester pula. Bagi guru yang terlibat dengan SPM, samada sebagai guru mata pelajaran atau guru yang menjadi pengawas peperiksaan cuti akhir semester ini hanyalah cuti pada formalitinya, namun tugas sebagai guru tetap berjalan seperti biasa. Di masa inilah guru guru SPM berdebar debar dan turut membuat tuisyen di saat saat  akhir buat pelajar pelajar mereka.

Buat guru guru yang yang tidak terlibat dalam SPM pula, mereka menunggu jikalau ada pula kursus yang akan mereka hadiri pada cuti persekolahan atau mesyuarat mesyuarat terutamanya guru guru yang mempunyai jawatan penting di sekolah.

Dalam masa sama,  ramai guru yang sudah mula merungut mengenai waktu persekolahan 9 jam yang akan di mulakan kajiannya pada tahun hadapan. Walaupun ramai yang tidak bersetuju, ada juga yang berpendapat sebaliknya.

Sebenarnya, waktu kerja guru selama ini memang rasanya sudah lebih dari 9 jam. Masa kerja guru sangat fleksibel. Kerja kerja selain mengajar banyak di buat di rumah berbanding anggapan sesetengah pihak yang beranggapan kerja guru hanya setakat jam 1 tengahari( bagi sesi pagi).

Baru baru ini, kementerian memperkenalkan  sistem aplikasi secara atas talian untuk mengisi markah peperiksaan. Pada awalnya, atas masalah server ramai guru terpaksa membuat kerja kerja memasukkan markah pada tengah malam dan lewat pagi gara gara ingin mengelakkan kesesakan yang menyebabkan kerja terbengkalai. Namun kini, sistem aplikasi ini sudah beroperasi dengan baik walaupun belum  memuaskan. Jadinya pada masa itu, kerja terpaksa di buat pada waktu waktu yang di perlukan untuk rehat dan bersama keluarga.

Begitu juga dengan tugas tugas guru seperti aktiviti kokurikulum yang memerlukan guru berada di sekolah yang tidak mengenal hari dan masa termasuklah  di cuti hujung minggu. Guru tidak merungut mengenai kerja ini. Ini adalah tugas dan keseronokan (passion) mereka. Namun, anggapan pihak luar yang sering mempersoalkan guru adalah sangat jengkel dan bercakap ikut sedap mulut dan tanpa maklumat yang betul. Adakah mereka benar benar memahami dan berada di lingkungan kerja guru. Jika tidak berkatalah dengan objektif dan jikalau ada guru yang tidak bertanggungjawab sekalipun, janganlah kerana nila yang setitik cuma, habis susu sebelanga.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s