Catatan Perjalanan (5)

Ya, sekarang aku sudah mula rasa pening. Bot yang berhenti untuk menurunkan Cikgu Faizul di Paloh menyebabkan bot  terhuyung hayang di buai alunan air. Aku fikir cikgu cikgu lain pun sama seperti aku. Pening dan loya.Cikgu  Sutiman yang berada di hadapan aku nampaknya tak senang duduk.Dia mengakui bahawa dia juga seperti aku rasa pening kepala.

Bot masih belum bergerak ,agak lama juga. Aku pun tak pasti mengapa . Aku mendengar perbualan pemandu bot dengan abang PPD tadi. Tapi aku tak faham bahasa mereka. Mereka bercakap dalam bahasa melanau. Cuma aku agak mereka sedang menunggu bot lagi satu yang masih belum sampai. Mungkin ingin pergi bersama sama ke laut terbuka.

Sementara menunggu itu, aku terlihat alunan gelombang agak tinggi di hadapan. Beralun alun. Cuaca agak mendung. Angin pula agak kuat. Aku kesejukan di dalam bot ini walaupun memakai baju keselamatan yang tebal. Tidak berapa lama selepas  bot kami bergerak,  sebuah lagi bot  tiba dari belakang.Kami bersorak memanggil kawan kawan dari bot lagi satu.  Ceria dan gembira. Walaupun masih tidak hilang pening kepala tadi.

Dalam perjalanan di laut ini, aku lihat pemandangan laut yang luas. Aku tak sangka bahawa aku sekarang berada di dalam sebuah bot di tengah laut. Daratan agak jauh juga, walaupun terlihat juga pemandangan hijau pokok pokok bakau dari dalam bot. Beberapa kali, pemandu bot memperlahankan bot. Pada masa itu juga dia menoleh ke belakang dan bercakap sesuatu kepada abang PPD tadi.Aku sangat benci akan keadaan ini,kerana apabila bot berhenti kepala  aku akan jadi pening lagi.  Aku tak faham apa yang mereka berdua bualkan. Tapi agak lama. Cuma yang aku agak, pemandu bot cuba menyatakan perjalanan tak perlu diteruskan kerana ombak dan gelombang sangat kuat di hadapan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s