Teknik menulis Bahagian A Bahasa Melayu Kaedah SALAK

Buah salak dalam bungkus plastik merah transparan
buah salak jadi teknik menjawab soalan?

Saya sebenarnya bukan nak bercerita tentang buah salak. Saya hanya nak berkongsi tentang salah satu teknik menjawab soalan penulisan Bahasa Melayu Kertas 2 Bahagian A iaitu bahagian memindahkan maklumat dari gambar.. Teknik ini di namakan sebagai SALAK. Bukan salak  atau menyalak , atau juga bukan sejenis buah yang di namakan buah Salak tu . Ia adalah akronim kepada;

Siapa, Aktiviti, Lokasi,Alat dan keterangan@ SALAK

Teknik ini  di perkenalkan oleh seorang guru yang telah  memenangi pertandingan  inovasi dalam pendidikan. Minta maaf kepada guru tersebut,saya memang terlupa namanya untuk saya beri kredit di sini.  Teknik ini amat sesuai untuk memudahkan murid membina ayat yang gramatis.  Contoh ayat begini

Siapa: Pak Abu –Aktiviti: Sedang memancing Ikan –Lokasi: di tepi sungai- Alat: dengan menggunakan sebatang pancing- Keterangan: pada waktu petang

Jadi ayatnya begini:

Pak Abu sedang memancing ikan di tepi sungai dengan menggunakan sebatang pancing pada waktu  petang.

Sebenarnya banyak lagi keterangan tentang teknik ini, namun mungkin lain kali saya boleh kongsikan lagi. Lagipun badan penat baru balik dari kursus.

4 thoughts on “Teknik menulis Bahagian A Bahasa Melayu Kaedah SALAK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s