Travelog Guru Pedalaman (4)

bermain kad sekadar suka suka sahaja.

Setiap malam yang aku lalui di Sk Hijrah Badong sangat membosankan. Nyamuk pula sangat banyak. Ubat nyamuk yang kami pasang tidak di takuti nyamuk. Guru guru yang berada di dalam dorm itu juga  semakin berkurang. Hanya ada 5 orang guru lelaki yang masih tinggal. Kami bermain kad untuk mengisi masa kami.

Aku  berfikir dan tertanya tanya berapa lamakah lagi akan berada di sini. Hujan masih turun. Malam itu kami tidur sambil mengharapkan esok akan tiba giliran kami untuk di hantar ke sekolah masing masing.

Keesokan hari, kami di beritahu bahawa kami akan dihantar dengan dua buah bot laju. Seramai 20 orang guru akan dihantar bersama sama. Sebelum perjalanan, kami sempat bergambar dan bergurau senda.

Perjalanan menggunakan bot bermula. Pegawai PPD menyuruh Cikgu Sutiman untuk membacakan doa. Perjalanan ini bermula dengan mengharungi sungai  Daro. Bot ini  penuh dengan bagasi besar milik kami semua.

Ada seramai 9 orang guru dan 2 orang pegawai PPD berada di dalam bot ini.  Tidak ada ruang lagi untuk membetulkan kaki. Sempit dan tidak menyenangkan.

Aku berada di bahagian belakang bot. Dalam perjalanan itu, aku tidak putus putus mengambil gambar dan juga video. Perjalanan yang bermula di sebatang sungai mula memasuki sungai yang besar.

Kami diberitahu oleh pegawai PPD bahawa sungai ini bukanlah air sungai tawar, tetapi ia adalah sungai air payau. Air laut memasuki sungai ini. Bila tiba musim ombak bergelora , sungai ini juga turut sedikit berombak.

Perjalanan itu  terasa sangat lama. Hampir 2 jam kami berada di dalam bot. Ada sebuah lagi berada di belakang bot yang kami naiki itu. Bot itu lebih besar berbanding bot yang kami naiki ini.

Aku merasakan suasana ketika itu tenang dan sejuk. Cuaca pula agak mendung dan sedikit berangin.

Akhirnya, bot ini berhenti  di sebuah kampung untuk menurunkan seorang guru. Tempat ini di beri nama Paloh. Hampir sama nama dengan sebuah tempat  di Kelantan.

Semasa berhenti, bot terasa dibuai buai. Kami melihat air yang beralun alun dan membuai buai bot kami. Aku mula rasa pening kepala. Di belakang bot kami , aku melihat sebuah bot nelayan kelihatan timbul tenggalam mengikut alunan air yang mula bergelora.

Pegawai PPD memberitahu kami kawasan tersebut sudah hampir dengan laut luas. Rasanya gelombang yang aku lihat itu agak kuat memukul bot nelayan. Kadang kadang bot itu tenggelam timbul kesan dari alunan ombak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s