Status Tawaran Biasiswa Pengajian Peringkat Ijazah Pertama

Mengenai tawaran biasiswa pengajian peringkat Ijazah pertama untuk guru guru,  sebenarnya ia tidak di tawarkan oleh bahagian Tajaan Pendidikan  Kementerian Pelajaran . Sebaliknya, biasiswa ini hanya di tawarkan oleh BPG (Bahagian Pendidikan Guru). Ia adalah dua jabatan yang berbeza di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Itu maklumat yang saya terima dari pertanyaan email yang saya buat kepada pihak kementerian. Sebelum ini saya mencuba untuk  mencari maklumat berkenaan di laman sesawang moe.gov. Namun tidak ada sebarang tawaran biasiswa di buat.  Mungkin kerana saya masih tidak faham siapa yang menawarkan biasiswa seperti yang telah berjaya di pohon oleh rakan setugas saya di sekolah.

Sebaliknya ia hanyalah tawaran cuti belajar separuh gaji serta cuti belajar tanpa gaji dan tanpa biasiswa.  Oleh yang demikian, jika ada sebarang kemusykilan tentang hal ini, cikgu-cikgu perlu menghubungi pihak BPG untuk pertanyaan lanjut di nombor ini:   03-8884 6000

Sila rujuk surat di bawah untuk memahami status ini dengan lebih  jelas:

“Berkaitan Cuti Belajar Berbiasiswa, Bahagian Tajaan Pendidikan (BT), Kementerian Pelajaran Malaysia tidak menawarkan sebarang elemen biasiswa bagi cuti belajar diperingkat ijazah pertama. Untuk makluman tuan, buat masa sekarang BT hanya menawarkan cuti belajar peringkat ijazah pertama seperti berikut:

·         Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa (CBSG TB) – semak iklan di Laman Sesawang KPM

·         Cuti Belajar Tanpa Gaji tanpa Biasiswa (CBTG TB) – semak iklan di Laman Sesawang KPM

Sehubungan itu, mohon tuan untuk menghubungi Bahagian Pendidikan guru (BPG) bagi mengetahui status tawaran biasiswa bagi peringkat pengajian ijazah pertama. Tuan boleh menghubungi BPG di talian 03-8884 6000 untuk bantuan pertanyaan.

Sekian, terima kasih.

Irlyrizzal Shah bin Yahya

Bahagian Tajaan Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Tel : 03-8321 7146

Faks : 03-8321 7103

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s