Kesan Radiasi kepada Manusia

 

bantahan loji nuklear
bantahan loji nuklear

Cerita yang menyedihkan dan mendapat simpati antarabangsa. Sebuah bangsa yang rosak teruk akibat perang dan letupan bom atom lebih 60 tahun yang lalu  kini berhadapan pula dengan tragedi lain yang juga berkaitan dengan
nuklaer.Perbezaannya, kali ini nuklear tersebut di bina sendiri untuk  tujuan penghasilan tenaga. Tragedi dari gempa bumi dan tsunami  baru baru ini telah mengorbankan  beribu ribu nyawa sementara ribuan masih hilang tanpa dapat di kesan adalah  satu cerita sedih yang berulang. Perdana Menteri Jepun berkata ‘perjuangan ini bakal menentukan nasib Jepun-(Metro Ahad 3 April 2011). Kata kata beliau ini merujuk  kepada ‘perjuangan’ anggota keselamatan yang bertungkus lumus mengawal loji tenaga  nuklear yang bocor supaya kembali stabil akibat daripada gempa bumi dan  tsunami. Kesan daripada kebocoran itu telah mengakibatkan pencemaran  radiasi dan yang terbaru di kesan telah menumpahkan air radioaktif ke dalam  lautan pasifik. Berikut kesan kesan radioktif kepada manusia khususnya yang duniacikgu petik dari akhbar berita harian.

KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA
Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan.Simptom awal menyebabkan selesema.

Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.

Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.

Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.

kredit to: Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s