Permohonan Tajaan JPA MARA Ijazah Luar Negara 2011

Permohonan  tajaan dari pihak MARA dan JPA bagi mengikuti pengajian ijazah luar negara 2011 di buka  kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM untuk kali pertama. Permohonan perlulah di buat dalam tempoh seminggu dari keputusan SPM 2010 (dari tempoh 23 MAC hingga 30 Mac).

Keputusan bagi mereka yang berjaya mengikuti temuduga tajaan JPA hanya akan dapat di ketahui pada 8 April 2011. Temuduga JPA akan di jalankan di seluruh negara dari 12 hingga 15 April 2011. Bagi mereka yang memohon tajaan MARA, keputusan panggilan temuduga hanya akan di ketahui pada 14 April 2011.

Syarat-Syarat Umum

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 17 tahun pada 31 Disember 2010 (18 tahun untuk pelajar peralihan).
  • Mempunyai kesihatan yang  baik dan bebas dari  penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

Permohonan ini hendaklah di buat secara online. Bagi permohonan tajaan JPA boleh mengisi permohonan di laman web  : http://esilav2.jpa.gov.my/ .  Bagi permohonan tajaan MARA pula  boleh mengisi permohonan tersebut di  laman web : http://www.mara.gov.my .Pemohon hendaklah selalu melayari laman web JPA dan MARA untuk mengetahui perkembangan permohonan mereka masing masing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s