Kelayakan memohon Elaun Pertukaran

Asalamulaikum  pembaca semua, duniacikgu ingin berkongsi maklumat  mengenai elaun pertukaran yang telah menjadi isu sejak tahun 2010 yang lalu.  Ini merujuk  kepada permohonan elaun pertukaran guru guru yang ingin bertukar dari Sabah dan Sarawak  ke Semenanjung dan begitu juga sebaliknya.   Kemudahan elaun pertukaran ini berdasarkan  kepada satu pekeliling iaitu Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995. Kementerian telah menjelaskan bahawa syarat kelayakan memohon elaun pertukaran  boleh di rujuk melalui satu surat dari  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), ruj: JPA(S)63/163/(30) bertarikh 23 Ogos 1994, Tatacara Menimbangkan Permohonan Bayaran Perpindahan dan Pertukaran Bagi Kes-Kes Pertukaran Atas Permohonan Sendiri.
Dari link JPA di atas, penulis mendapat kesimpulan mudah , bahawa kelayakan asas  untuk memohon elaun pertukaran ialah pemohon  telah berkhidmat selama 5 tahun , manakala 3 tahun untuk mereka yang berada di kawasan susah. Cuba baca surat di bawah. Ada satu lagi kata kunci yang sangat relevan untuk mengenal pasti kenapa bayaran elaun pertukaran tidak di buat walaupun pemohon telah berkhidmat selama 5 tahun atau pemohon yang berada di kawasan pedalaman sudah berkhidmat 3 tahun. JAWAPANNYA IALAH:
“pertukaran/perpindahan atas permohonan sendiri hanya boleh diluluskan dan dibayar tertakluk kepada kedudukan peruntukan yang mencukupi ketika permohonan dikemukakan”  

KENYATAAN DI ATAS TERKANDUNG DALAM SURAT JAWAPAN DI BAWAH INI:

“Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Semporna, Sabah, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 22 Mac 2011Guru rayu kembalikan elaun pertukaran.

Elaun tuntutan perpindahan dan pertukaran merupakan satu kemudahan yang telah diberikan kepada semua pegawai awam di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995. Berdasarkan kepada aduan ini didapati bahawa, pengadu bercadang untuk memohon pertukaran dari Sabah ke Semenanjung bagi mendapatkan rawatan kesihatan anaknya yang memerlukan rawatan berterusan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, pengadu dimaklumkan tiada peruntukan disediakan bagi elaun pertukaran sesi Jun 2011.
Secara dasarnya, seseorang pegawai awam yang memohon pertukaran/perpindahan atas permohonan sendiri boleh merujuk kepada surat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), ruj: JPA(S)63/163/(30) bertarikh 23 Ogos 1994, Tatacara Menimbangkan Permohonan Bayaran Perpindahan dan Pertukaran Bagi Kes-Kes Pertukaran Atas Permohonan Sendiri. Bagi kes pegawai yang memohon pertukaran atas sebab kesihatan pegawai atau ahli keluarga (anak dan isteri/suami) bagi membolehkan mereka mendapat rawatan dan jagaan rapi di stesen berkenaan adalah layak untuk dipertimbangkan untuk mendapat elaun pertukaran. Permohonan seperti ini hendaklah disokong dengan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan.
Selain itu, surat Arahan Pegawai Pengawal, KPM bertarikh 6 Januari 2011 telah menetapkan bahawa, “pertukaran/perpindahan atas permohonan sendiri hanya boleh diluluskan dan dibayar tertakluk kepada kedudukan peruntukan yang mencukupi ketika permohonan dikemukakan serta memenuhi syarat-syarat berikut:- (a) pemohon telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun di stesen terakhir sebelum bertukar; atau (b) pemohon telah berkhidmat selama tiga (3) tahun di kawasan pedalaman dan menerima sama ada Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK).
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
About these ads

2 thoughts on “Kelayakan memohon Elaun Pertukaran

  1. Pingback: Jumlah Permohonan masuk dan keluar bagi guru sekolah menengah bagi permohonan EG Tukar Jun 2011 | DUNIA CIKGU

  2. Pingback: EG Tukar Jun 2011 | DUNIA CIKGU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s