Guru Ganti dan GSTT

Ingin mencari peluang kerja sementara sebagai guru  ganti?. Kini, duniacikgu mendapati  ada sebuah portal yang telah  di wujudkan khas  mengiklankan jawatan  tersebut. Pihak sekolah boleh mengiklankan jawatan ini setelah mendapat kelulusan dari pihak pejabat pelajaran daerah. Ada juga sekolah yang menggunakan dana PIBG untuk membiayai guru ganti jika pihak PPD tidak meluluskan permohonan tersebut.  Hari ini duniacikgu  ingin memaklumkan ada sebuah portal di wujudkan untuk tujuan ini. http://guruganti.net. Portal ini di bangunkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor.

Namun, ada juga pihak sekolah tidak berminat mengiklankan jawatan tersebut di portal.  Mereka lebih suka menghubungi calon yang mendaftarkan diri di sekolah sahaja. Ini terbukti apabila saya memaklumkan kepada Penolong Kanan sekolah saya mengenai kewujudan portal ini . Namun, beliau mengatakan sudah ada nama yang mendaftar di sekolah dan tidak perlu lagi menggunakan portal ini. Alasan beliau, tidak adil kepada mereka yang datang ke sekolah dan mendaftarkan diri. Jadi, kesimpulannya, jika berminat menjadi guru ganti cuba daftar di sekolah dan juga  membuka portal ini. http://guruganti.net

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s