Tabung Pendidikan

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam melancarkan Tabung Kecemasan Pendidikan untuk membantu pelajar negara ini meneruskan pengajian di universiti di Mesir.

Ia berikutan seramai 4,784 pelajar persendirian tanpa tajaan biasiswa dan pinjaman kerajaan bergelut untuk meneruskan pengajian ekoran kekangan kewangan sekali gus membataskan impian mereka mendapat ijazah sekiranya tidak dibantu.

Daripada jumlah itu, 2,000 pelajar sedang mengikuti jurusan dalam bidang kritikal seperti perubatan, pergigian dan farmasi. Lebih mengejutkan sebahagian daripada pelajar itu terpaksa pulang sekiranya gagal lunas yuran pengajian selewat-lewatnya Januari depan.

Sehubungan itu, RM30,000 diperlukan pada peringkat permulaan untuk disalurkan kepada pelajar berkenaan bagi meneruskan sesi pengajian dari tahun tiga hingga enam bermula awal tahun depan.

Penaung tabung yang juga Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman, berkata PPIM bersama Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Perundingan Melayu berusaha mengumpul dana bantuan sehingga penghujung Disember untuk membantu pelajar berkenaan.

“Kita berharap rakyat Malaysia dapat menghulurkan bantuan kepada pelajar kita di Mesir seperti kita bantu rakyat negara asing ditimpa bencana. Tanpa bantuan kita mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Orang ramai boleh memberikan sumbangan melalui nombor akaun Bank CIMB 14370003771050 atas nama Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan maklumat lanjut boleh melayari laman web http://tabungkecemasanpendidikan.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s