Catatan Perjalanan 3

Malam pertama di SK Hijrah Badong di temani oleh nyamuk nyamuk yang sangat banyak. Mungkin ini di sebabkan oleh hujan dan kawasan luar sekolah yang agak semak samun.

Sebaik tiba di asrama sekolah,  perkara pertama yang di cari ialah line telefon dan broadband. Alhamdulillah di sini line ada , Cuma line broadband agak lemah.

Taklimat yang diadakan di dewan makan kantin  selepas makan malam memaklumkan kepada kami bahawa kami akan mulai bergerak ke sekolah masing masing pada keesokan hari.

Perasaan di dalam hati terasa seronok bercampur takut untuk memulakan kerjaya sebagai seorang guru.

Pagi esoknya , kami telah di beri taklimat sekali  lagi,setiap kami telah di beri kepada kumpulan kumpulan kecil mengikut sekolah. Aku dan seramai  5 orang guru lain dari SK Penibong  bersama guru dari sekolah di arah  menaiki  van yang sama untuk ke Jeti dan seterusnya menaiki bot yang sama ke Pulau.

Keadaan hari itu hujan agak lebat. Setelah menunggu hampir 2 jam di Jeti, dan melihat rakan guru lain telah menaiki bot ke sekolah masing masing.

Kami telah dimaklumkan perjalanan ke sekolah kami telah di tunda kerana ribut dan ombak yang sangat kuat di laut yang merupakan jalan utama kami untuk ke sekolah.

Kami pulang semula  ke asrama dengan perasaan yang hampa. Esoknya, hari Sabtu, beberapa orang guru dari sekolah lain juga  telah dihantar. Kami yang masih tinggal di asrama hanya menunggu dengan sabar bilakah masanya kami akan di hantar juga.

Esoknya ,  hari ahad pun  berlalu begitu sahaja tanpa sebarang khabar berita. Sudahlah kami tidak di beri  makan tengahari. Akibat salah faham antara pihak PPD dan Kantin Sekolah. Lewat petang barulah kami mendapat nasi.

2 thoughts on “Catatan Perjalanan 3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s