Sketsa Merdeka: Ubi dan Beras


Pada suatu petang ada seorang lelaki tua dan cucunya berada di serambi rumah. Cucunya menegurnya.

Pelakon atuk dan cucu hanya miming sahaja. Ada suara latar

Ali:                  Atuk, atuk baca apa tu?

Atuk:              Atuk tengah baca buku lah cu.

Ali:                  Buku apa tok?

Atuk:              Buku tentang sejarah penjajahan Jepun

Ali:                  Penjajahan tu apa tok?

Atuk:              Penjajahan tu ialah negara kita di tadbir atau di kuasai oleh negara lain.

Ali:                  Oh macam tu . Kita kena jajah lagi ke tok?

Atuk:              Tak, kita kan dah lama merdeka..

Ali:                  Atuk cerita lah sikit kisah Jepun tu. Ali nak dengar..

Atuk:              Masa Jepun menjajah Malaysia masa tu namanya tanah Melayu hidup masa tu susah…  Anak anak gadis selalu di ganggu oleh tentera Jepun.

Adegan  pada masa ini , 2 orang askar Jepun sedang mengejar dua orang anak gadis…berlaku kejar mengejar…mereka meminta tolong…

Atuk:              Masa tu jugak  orang melayu makan ubi sahaja..jarang dapat

makan nasi.

Ali       :           Napa tok?

Atuk:              Masa ni nak dapat beras susah. Beras banyak kena rampas dengan Jepun

Adegan masa ni Jepun merampas beras dari orang Kampung…

Jepun: Bagi sama saya!

Perempuan Melayu: Tolong tuan, ini untuk anak kami tuan..mereka dah lama tak makan…

Jepun: Mau potong kepara ka?

Selepas adegan ni , adegan mereka memasak ubi dengan beras.

Atuk: Mereka juga  masak nasi campur ubi..Kadang kadang tak ada beras langsung. Makan ubi jer..Sedih sangat masa ni.

Ali:      Kalau macam tu mesti masa ni semua  orang  kurus kan tok? Sebab tak makan nasi?

Atuk: Haha…entahlah cu, ada yang gemuk gak. Tak la semua kurus.

Ali :     Sedihnya tok, kalau la Ali, dah tentu Ali tak selera nak makan.

Atuk: Ha! kamu patut bersyukur tau sekarang kita dah merdeka. .Dah tak ada dah kena makan ubi masa makan tengahari.

Ali:      Yelah tok, kalau kita tak merdeka, tentu kita kena makan ubi sampai sekarang kan tok?

Atuk:  Hmm, mungkin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s