Sketsa Kemerdekaan:erti Merdeka

Aerodynamic pose of Malaysian's Mat Rempit - M...
Image via Wikipedia

Sketsa ini  dan skesta sebelumnya ubi dan beras saya hasilkan setelah di minta untuk membuatnya untuk sambutan Hari kemerdekaan sekolah saya. Puas saya mencari sketsa kemerdekaan di internet. Namun tiada saya jumpa yang sesuai. Oleh kerana ingin berkongsi dan semoga beroleh manfaat bersama, saya kongsikan sketsa ini. Jika ada guru guru yang berminat dengan sketsa ini, boleh la ambilnya, dan boleh di buat penambahbaikan. Namun, jika anda menghargai usaha saya ini, apalah sudi kiranya tinggalkan komen di bawah. Terima kasih.

Cerita bermula,

Di  sebatang jalan di kuala Lumpur sebelum sambutan  malam kemerdekaan. Seorang  mat rempit dan seorang minah rempit  sedang menunjukkan aksi sambil mengibarkan bendera sambil menjerit…. merdeka! Merdeka!

Mereka berhenti di satu taman rekreasi untuk berjumpa dengan kawan kawan yang lain.

ALI& Ani: Wassup Bro

Zaidi ,Ina&Ayu: Wasup

Omar: Wasup berasap lah…hahaha

Ali: Wei, napa malam merdeka ni macam tak meriah je beb? Tak macam tahun2 sudah?

Omar: Apalah kau, kan orang pergi terawih mana ada nak sambut merdeka

Zaidi: Apalah terawih pukul 10 dah habis lah..

Ina: Memang lah dah habis, orang menghormati bulan ramadhan lah…bukan macam kau tu..malam puasa pun nak rempit..

Ali: Tapi aku tengok orang ramai tak ada sangat pun pasang bendera…macam tak ada merdeka jer..

Tak macam tahun tahun sudah.

Ayu: Ala kau tu sambut merdeka pun bukan kau tau pun erti merdeka. Bawa bendera je lebih..hahaha.

Ali: Takpelah sekurang-kurangnya aku menolong menghangatkan suasana merdeka……korang tau sangat ker erti merdeka tu?

Zaidi: Maksudnya…err merdeka dari kena jajah dari Jepun dan Inggeris..

Ani: Apalah kau , setakat  tu jer pengertian merdeka kau?…merdeka ni maksudnya lebih besar dari tu la

Tidak melakukan perkara tak baik pun merdeka juga namanya…

Omar: Habis tu , yang kau ikut Ali pergi merempit ni baik sangat ke cik adik oi?..

Ani: Dia yang ajak aku…bukan aku ajak dia…

Omar: Samalah tu, korang dua dua sama je tak merdeka namanya…

Omar: Bagi aku merdeka ni maksudnya,negara bebas dari kena jajah dari segi fizikal dan mental

Sekarang ni anak muda kita di negara  ni kena jajah dari segi mental. Masih tak merdeka

Zaidi: Maksudnya?

Omar: Yelah, diorang ni masih terpengaruh dengan budaya budaya barat yang tak baik. Sedangkan kita dah ada budaya Malaysia, budaya timur  yang terbukti baik.Contohnya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan itu kan budaya barat!.

Ali: Wah kau Omar, cakap boleh tahan…tapi kau pun sama jer. Kita ni semua sama jer.

Omar: Itu yang aku baca kat buku.Memanglah aku nak berubah dan bertaubat juga nanti..

Zaidi: BIla? Dah tua? Orang muda pun tak panjang umur kau tau tak? Lagi la macam kita ni yang suka merempit.

Dua orang Polis datang menghampiri mereka.

Polis 1: Ada lesen?

OMAR, ZAIDI,ALI:           Ada!, eh tak ada bang!, eh datuk! (dengan suara yang menggeletar)

Polis 2: Apa datuk datuk? Kau ingat aku ni datuk kau ker?

OMAR, ZAIDI,ALI: Maaf tuan…

Polis 1: Jom kita sambut merdeka kat balai….

Polis 2:  (Sambil memandang penonton) adik adik semua jangan merempit di jalanraya dan membawa motor tanpa lesen… SALAM MERDEKA…

Kesemua mereka di bawa ke balai polis kerana membawa motor tanpa lesen dan secara merbahaya.

7 thoughts on “Sketsa Kemerdekaan:erti Merdeka

  1. Terima kasih cikgu share kat sini. Saya minta guna skrip ini untuk sketsa kat sekolah saya…saya edit kat atas sesuaikan dengan sekarang sempena tragedi mh 17. Semoga cikgu beroleh keberkatan dan dimurahkan rezeki…amin..

  2. ok. tq boleh jugak saya guna skrip untuk buat sketsa kat sekolah saya… tq cikgu.. moga beroleh keberkatan dan murah rezeki cikgu kerana membantu insan yang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s