Guru Pedalaman Sarawak 2(catatan perjalanan)

klik untuk membeli

Selepas taklimat yang di adakan selama ½ hari itu,kira kira jam 2 petang kami telah di bahagi bahagikan kepada beberapa buah bas. Cikgu cikgu ni di bahagikan kepada daerah daerah tertentu. Aku menaiki bas  yang menuju ke daerah Daro dan Tanjung Manis. Ada 2 biji bas yang ke Daro. Bas bas lain menuju ke daerah seperti Dalat , Mukah, Balingian dan daerah daerah lain.



bas keluar dari Kingwood Hotel..

Dalam perjalanan ni, aku melihat bagaimana keadaan di sepanjang jalan. Suasananya sepi, rumah rumah kayu dan agak tinggi manakala di bawah rumahnya di tenggelami air. Pokok pokok hutan menghijau dan di selangi dengan pokok kelapa sawit.  Di celah celah pokok kayu tu aku lihat pula ada padi yang sedang menghijau dan telah di tenggelami air (masa ini musim tengkujuh). Padi di sini sepatutnya di atas tanah yang lembap sahaja kerana padi ni padi jenis huma yang tak memerlukan di tanam di atas air.

Aku duduk di hadapan sekali. Betul betul  berada di belakang pemandu bas. Aku pun tak tahu kenapa aku nak duduk di depan sekali. Mungkin perasaan teruja untuk melihat negeri orang. Walaupun di dalam Malaysia, aku tak boleh bayangkan bagaimana keadaan atmosfera di sini. Di sebelah pemandu bas ni, ada seorang pengiring. Abang ni adalah pembantu penolong tadbir di PPD Daro. Seorang yang berbangsa Iban. Aku memang tak tahu namanya sampai sekarang..hahaha.

Ok, di barisan hadapan di sebelah bahagian kiri bas ada seorang gadis…jeng jeng..mukanya nampak serius dan tak menampakkan kegembiraan. Kedudukannya betul betul sebaris dengan aku.Air mukanya  yang berkaca mata itu menampakkan dia mungkin dalam keadaan sedih. Yelah, dalam keadaan begini siapalah yang tak sedih? termasuklah aku.Bezanya, aku terselit perasan teruja rasa nak meneroka negeri orang.

Aku memulakan perbualan dengan gadis itu ops!, hahaha bukanlah!  dengan abang PPD Daro tu la. Dia berdiri di depan aku. Aku menegurnya.Cuma bertanya kepadanya bagaimana keadaan sekolah  yang aku di tempatkan. Dia mengatakan sekolah aku ni terletak di pulau. Susah untuk masuk kerana ombak sangat kuat. Pada musim kemarau, susah untuk mendapatkan air kerana pulau ni tak ada bekalan air.Apa yang ada hanyalah air hujan sahaja. Kemudian aku bertanya lagi, kalau kalau ada air sungai untuk mandi. Dia hanya tersenyum, dia menyatakan sungai kat sana sungai air masin.  Cikgu yang pernah di tempatkan disana terpaksa membeli air mineral untuk kegunaan pada musim kemarau.

Perjalanan ini terasa lama. Lebih 3 jam baru sampai ke Pekan Daro. Bas juga bergerak sangat lambat. Rasanya basikal pun boleh memotong bas ni! Bayangkan!. Pinggang rasa lenguh.Ada cikgu yang aku lihat di belakang berbual bual dan juga ada yang tertidur. Mungkin mengantuk. Sebabnya melalui  perbualan yang aku dengar semasa di hotel tadi, ada cikgu ni yang hanya sampai di hotel pada jam 5 pagi. Diorang ni ialah batch di belakang aku, semasa di KLIA penerbangan  mereka pada waktu petang.

Aku berbual dan berkenalan dengan seorang cikgu. Namanya Rosli. Badannya kecil dan rendah. Raut wajahnya lembut. Tutur katanya pun agak sopan santun. Rupa rupanya dia pun di tempatkan di Pulau.Cuma dia di tempatkan di Kampung Tekajung, aku pulak di Kampung Penibong.  Melalui abang PPD tu dia berkata jarak antara sekolah kami itu agak jauh, kerana pulau ini agak besar  dan juga di penuhi hutan.

Jam 6 lebih, bas berada di pekan Daro. Pekan ni hanya pekan yang kecil. Kami melalui rumah rumah kaum melanau di sepanjang jalan. Tempat persinggahan kami ialah di sebuah sekolah. Malam ini kami akan bermalam di sana. Bermalam di asrama sekolah Hijrah Badong Daro. Esok kami akan ke Pulau..

Bersambung….

4 thoughts on “Guru Pedalaman Sarawak 2(catatan perjalanan)

  1. Tahniah kerana mempunyai blog sendiri yang nama blognya pun sudah menggambarkan dunia penghidupan yang akan dilalui bertahun lamanya lagi. Cg nampaknya berkebolehan, berilmu dan berminat. Cg tetapi cg sepertimana cg dan cg-cg yang lain.

    Yang memisahkan kita (saya) ialah zaman…

    Zaman saya telah berlalu tetapi tetapi cg. Jumpa lagi… !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s