Travelog Aku Guru Pedalaman (1)

 

 

 

Penerbangan kali pertama sepanjang hayat ke bumi Sarawak.

Hari yang ditunggu akhirnya tiba . Tarikh 8.1.09. Penerbangan aku dijadualkan pada pukul 10 pagi dan harus berada di KLIA 2 jam sebelum penerbangan. Wajah mak  sugul. Aku pula menahan perasaan sedih. Aku cuba bersikap selamba di depan mak. Tidak sanggup menunjukkan kesedihan kerana tak sanggup melihat mak menangis.

Penerbangan ini dipenuhi oleh bakal bakal guru yang juga ditempatkan ke Sarawak. Penerbangan MAS yang aku naiki ini kebanyakanya  adalah bakal guru guru yang di tempatkan di bahagian Kuching dan Mukah.

Imej Mukah daripada google map

Penerbangan ini amat menakutkan bagi aku kerana ia adalah yang pertama dalam sejarah hidup. Alhamdulilah, akhirnya tepat jam 11.30 pagi aku mendarat di Kuching untuk transit sebelum terbang lagi ke Sibu pada jam 2 petang. Namun penerbangan itu tertunda ke jam 5 petang. Bosan menunggu di airport. Tiada tempat yang menarik untuk dituju.

Setelah menunggu lebih 5 jam kami menaiki penerbangan seterusnya ke Sibu. Tepat jam 6 petang pesawat akhirnya mendarat dengan selamat walaupun mengambil masa yang agak lama untuk mendarat kerana  cuaca yang tidak baik.

Kami disambut oleh pegawai pegawai PPD dari bahagian Mukah. Ada 4 buah bas sedang menunggu kami. Waktu itu hari sudah gelap. Walaupun jam baru menunjukkan 6.15 petang. Masa tu aku barulah aku teringat tentang waktu berbuka puasa di Sarawak awal berbanding semenanjung. Maka pukul 6.15 petang itu adalah waktu menghampiri maghrib di Sarawak.

Perjalanan kami belum berakhir, bas mula bergerak dengan perlahan dan tetap perlahan sepanjang perjalanan. Bas pula dipenuhi dengan beg beg bagasi yang besar. Tiada lorong untuk berjalan. Beg beg terpaksa di letakkan di sepanjang lorong dan di atas kerusi bas juga.

Perjalanan ini amat melelahkan. Jalan yang kami tempuh dari Sibu ke Mukah merupakan jalan yang sangat teruk. Ia adalah jalan ladang dan terdapat banyak lubang lubang dan lopak yang besar di sepanjang jalan.

Kami agak risau beg bagasi yang disusun berlapis lapis ini  jatuh dan menimpa kami apabila bas bergoyang apabila melalui lopak yang dalam. Terasa sakit badan apabila bas melanggar lopak. Walaupun letih dan mengantuk aku sukar melelapkan mata kerana suasana yang tak ‘best’ ini.

Perjalanan ini mengambil masa 4 jam untuk ke bandar Mukah. Penat kami terubat apabila bas mula memasuki perkarangan Hotel Kingwood Mukah sekitar jam 10 malam.

Kami bermalam di Hotel Kingwood Resort Mukah sebelum memulakan sesi seterusnya esok. Menurut maklumat yang diterima taklimat akan diadakan pada keesokan pagi.

Aku mendengar bunyi ombak apabila membuka tingkap hotel. Rupa rupanya nya dibelakang Hotel Kingwood ini ialah pantai!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s