Semuanya salah cikgu..pelik betul

Dulu sebelum aku menjadi guru, aku selalu menyalahkan guru jika ada terpapar berita mengenai kes guru di saman, guru mencederakan murid, guru mendenda murid dan sebagainya. Setelah menjadi guru barulah aku faham kenapa dan mengapa tindakan guru kadang kadang terlebih dan menjadi isu besar. Kerananya budak budak pada hari ini, semakin manja dan kurang ajar kepada guru, bukan sahaja guru rasanya mungkin kepada mak bapak sendiri di rumah.


//

Tekanan guru sebagai manusia jangan kita lupa. Guru mendenda dan menghukum bukan kerana suka atau saja saja. Tindakan yang di buat bersebab dan ada justifikasinya. Sepatutnya ada pihak yang membela guru dan mencari punca menagapa dan kenapa sesuatu perkara bukan hanya membela murid semata mata.

Apa apa yang berlaku semuanya akan di salahkan kepada guru. Anak murid menumbuk guru, guru di salahkan kerana gagal mengawal murid. Guru juga di salahkan dan di saman jika mereka mendenda dan menghukum murid. Akhirnya murid semakin besar kepala dan semakin manja.

Ada kes guru tercederakan murid secara tidak sengaja maka kecohlah seluruh negara. Semuanya bersuara menyalahkan guru, sampai terlupa isu utamanya adalah kes displin murid yang semakin merosot.

Kalau murid anak orang kaya , maka murid akan menjadi semakin manja dan di manjakan oleh mak bapak. Mereka kaya dan berpelajaran yang mana sesetengah mereka berpelajaran lebih tinggi dari guru sendiri. Tapi mereka lupa atas kerjaya guru ini anak mereka mendapat pendidikan dan pelajaran.

Adakah mereka sendiri sempat untuk mengajar anak mereka sendiri , walaupun mak bapak ni di kira sebagai ‘educated’ ?. Berapa ramai yang mempunyai masa untuk mengajar anak mereka di rumah? . Jawapannya sudah tentu kita tahu. Tak semua mak bapak sempat nak mengajar anak mereka sendiri di rumah kerana kesibukan bekerja, terutama mak bapak yang bekerja di bandar besar dan memegang jawatan besar.

Baru baru ni keluar dalam berita tentang murid menumbuk guru. Di tunjukkan di dalam buletin utama, di upload di dalam youtube oleh seseorang. Mungkin oleh perakam video itu yang mungkin guru itu sendiri. Menunjukkan sikap kurang ajar murid terhadap guru. Sikap cuba melawan cakap guru. Itupun masih ada suara suara sumbang yang masih menyalahkan guru sendiri. Entahlah….

5 thoughts on “Semuanya salah cikgu..pelik betul

  1. apa maksud korang ni ha? korang tahu tak, capa ajar kita jdi pandai ni? itu semua gara-gara ibu bapa dan guru kita tau .tak baik kata guru kita salah ….. dose tau

  2. ya.tugas guru mengajar akademik. hal mendidik pelajar dari segi agama / sosial itu tagjawab ibubapa. kalau ada cikgu yg tlg ajar tu ucap trima kasih, bukannya dimarah disaman pula kan

    1. En Soni: Tugas guru bukan skdr akedemik aje..tugas mendidik dari segi agama dan sosial tu pun tgjwb guru juga, bukan ibubapa sahaja.

      Hanya segelintir sahaja ibubapa mylahkan guru, kebanyakkannya menerima. Tapi guru pun kenalah berhati hati dan tunjuk contoh yang baik, serta membuat hukuman yang rasional bukan sekadar bersulam emosi semata mata .

  3. Ya …memang saya setuju..kalau kita menegah murid merokok,guru mestilah tidak merokok, begitu juga kalau menegah anak merokok, ibubapa pun mestilah tidak merokok sama..Kalau merokok janganlah di tunjuk tunjuk.., “kenapa cikgu aku,bapak aku boleh hisap rokok aku tak boleh?” , itulah kesimpulan yang budak budak pakai.

    Kenapa guru di persalahkan segalanya?, sedangkan guru bertindak kerana displin murid itu sendiri. Akhirnya , kerana murid tidak boleh di sentuh, kena di belai, di manja manja murid tak mendengar cakap guru lagi.

  4. Adat dunia ada yang baik, ada yang jahat. Amat susah untuk menjadi guru yang baik dari segala segi, kerana manusia pasti melakukan kesalahan.
    Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari, pepatah yang terkena pada guru. Guru bukan sahaja guru mengajar di sekolah, tetapi juga ibu bapa di rumah. Ibubapa buruk perangai/manjakan anak, rosak. cikgu buruk perangai, rosak. Ramai pelajar menjadikan guru perokok sebagai idola/alasan untuk mereka merokok. Tidakkah golongan ini merasa bersalah? Sebagai golongan yang berpendidikan, mereka seharusnya tahu rokok punca kepada masalah disiplin di sekolah.Logiknya mana ada samseng sekolah yang tidak merokok. Namun tiada tindakan untuk mencegahnya malah guru pula yang merokok alasannya kerana tekanan kerja.
    Kesimpulannya, jika ada masalah, kembalilah pada Allah, bukan kepada rokok.
    Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s