Sudah Sebulan Saya di Kuala Lumpur

muka sekolah
Sekolah pertama saya ditempatkan. Banyak sungguh pengalaman yang berharga saya kutip disini . Warna warni kehidupan yang pelbaga yang mematangkan kehidupan seorang guru biasa biasa. 

Selamat tinggal pedalaman Sarawak. Selamat tinggal bot laju. Selamat tinggal Leh Hua Hotel yang menjadi penginapan Saya apabila ke bandar.

Setelah 1 1/2 tahun berada di pedalaman, tak sangka saya berjaya mendapat peluang untuk kembali ke negeri sendiri. Permohonan kali pertama sekadar ingin mencuba akhirnya berjaya . Bukan tak sanggup lagi di sini tetapi atas komitmen keluarga yang memerlukan.

Walaupun berada di Kuala Lumpur yang sesak padat dan adakalanya membosankan, saya gagahkan diri hanya kerana kerjaya dan sumbangan yang tak seberapa ini kepada negara, agama dan bangsa.

Di sini , saya akan cuba menulis jika ada kelapangan dan idea yang menarik untuk di kongsi bersama. Lagipun saya bukanlah penulis yang hebat dan berbakat besar. Hanya menulis untuk mencuba cuba dan meluahkan pendapat yang tidak seberapa .

 

Saya pun tidak mengharapkan ada orang membaca atau membuka blog ini..kerana blog ini di tulis pun pada awalnya hanya untuk catatan kehidupan sebagai seorang guru. Namun sekiranya blog ini dibaca pula saya mengharapkan ia memberikan faedah kepada masyarakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s