Sekolah Kebangsaan Penibong

Sk Penibong  terletak di kawasan Pulau Bruit. Pulau Bruit ni memang boleh di lihat di dalam peta Malaysia-Sarawak.  Peta Pulau Bruit ini boleh di lihat sekiranya anda mencari Sibu terlebih dahulu kemudian lihatlah di pinggir laut berdekatan Sibu ada sebuah pulau yang agak besar. Itulah Pulau Bruit. Pulau Bruit terletak dalam daerah Daro dan bahagian Mukah. SK Penibong ini  di tadbir oleh Pejabat Pelajaran Daerah Daro.

Jika anda di tempatkan mengajar di sini  atau mahu berkunjung ke sini cara nak sampai ialah:

1. Ambil penerbangan dari KL ke Sibu.Ia mengambil masa selama 1 jam 50 minit.

2. Tiba di  Sibu anda hendaklah ke Bandar Sarikei. Jika naik teksi RM 135, jika nak murah  ambil sahaja teksi ke Bandar Sibu terlebih dahulu. Dari bandar Sibu boleh ambil bas ke Sarikei. No bas 8B. Tiket Cuma RM 8 sahaja. Masa perjalanan 1 jam ke Pekan Sarikei ni menggunakan bas.

inilah bot yang akan ke Kampung Betanak..sekarang bot baru..nama masih lama..

3. Tiba  di Sarikei ,pergi  ke Terminal 1 untuk pengangkutan air . Ia terletak di tepi sungai . Cuba cari bot laju yang bernama Maju Betanak. Namun perlu di pastikan , ia hanya mempunyai satu perjalanan sehari dan bergantung kepada air pasang surut di laut.Bot ini akan  menuju ke Kampung Betanak. Kampung Betanak ni terletak bersebelahan dengan Kampung Penibong. Perjalanan akan memakan masa selama 2 jam melalui sungai dan laut. Harga tiket RM 35 sehala.  Tak tahan mabuk?.Ambil lah ubat mabuk di farmasi di Sarikei terlebih dahulu.

Sk Penibong ini terletak di dalam Kampung Penibong.Ia memuatkan murid dari dua buah kampung. Iaitu kampung Penuai dan Kampung Penibong. Dalam Sekolah ini, ada seramai 126 murid sahaja. Dan hanya satu kelas untuk setiap tahun. SK Penibong ialah SKM. Dan satu lagi..sekolah ni adalah dalam kategori Pedalamanke- 2. Kakitangan sekolah dapat RM 1k elaun susah hati.Mungkin akan datang akan naik lagi..

pemandangan Sk Penibong..sekarang sudah berwarna kuning

Guru mengajar tak ramai. Dalam belasan sahaja. Sekarang ni  hanya ada 15 orang. Murid sekolah ni terdiri dari kaum melanau 99.99% dan beragama Islam. Ada surau di kampong ni.Jangan risau jika anda seorang Islam. Boleh la nak sembahyang jumaat.
Kemudahan yang ada? Line telefon tak berapa baik. Tapi masih ada cara dengan membeli antenna yang telah di ubahsuai menjadi antenna telefon. Ha! boleh mendapat line broadband..tapi tak berapa kuat sangat. Boleh lah untuk membuka laman  facebook..

Air ? di sini masih tak ada air paip.Masih menggunakan air hujan. Setiap rumah akan ada tong tong besar bersaiz 1500L .Ini adalah untuk menadah air hujan. Letrik tak ada masaalah . Cuma akan ada selalu ‘blackout’ bersabar sahaja ye!. Kemudahan lain ialah ada kedai runcit, kedai membaiki motorsikal tapi tak ada kedai makan yer!.Anda kena memasak sendiri.

tong air untuk menadah air hujan

Nak membeli makanan basah anda kenalah pergi ke Sarikei 1 minggu atau 2 minggu sekali. Boleh juga menaiki motorsikal ke Pekan Daro melalui ladang kelapa sawit anggaran masa 1 1/2 jam.

Catatan: 18 Mei 2010.

15 thoughts on “Sekolah Kebangsaan Penibong

  1. Saya Ustaz Mohd Izhar Zakaria.Posting pertama ke SK Penibong pada 2001-2003.Banyak kenangan yg mengajar erti sebenar sebuah pengorbanan guru……Walaupun sekarang sudah mengajar di perak, tetapi kenangan di SKP sukar untuk dilupakan……salam dari jauh…

  2. Alhamdulillah …..teringat lagi kenangan 30thn dahulu bersama cikgu2 skkg.penibong dan anak-anak murid serta orang2 kampung tak lupa juga orang2 kampong betanak….tk utk semua yang mengenali saya….ust omar Hashim…. Senang2 datanglah ke taiping , perak saya ada kat sini…..tk

  3. Alhamdulillah,,dh stahun dah saya berposting d sk penibong daro….tapi blog ni lah yg membantu saya dan seorang lg rakan posting saya..

    kali ke dua saya buka blog ini stlah stahu bposting…hehe…bgs2..sy pun tinggal d rumah sewa yg sama ckgu…haha…

  4. ingin mendapat maklumat …. saya pernah mengajar di sini tahu 1981
    kemudian ke smk belawai. syarbini sogli ada dimana sekarang.anak jati kg penibong.

  5. tq, info ini sgt membantu.. nak tanya kalo dari sibu ke kampung bruit mcm mana. kampung bruit ok x, saya akan dipostingkan ke sana

    1. lagi senang tu, Ambik express boat di terminal boat di Sibu. Direct terus sampai kg bruit. dalam pulau bruit ni Kg Bruit paling canggih dari segi kemudahan. Kg bruit ni P1 saja tau. OK.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s