Reverse: Pakar Sukan di Sekolah

Tulisan ni aku pernah siarkan pada 1 Disember 2008 lepas. Isu tentang pembangunan sukan. Aku sengaja edit dan keluarkan semula. Puncanya ialah di sebabkan aku terbaca mengenai saranan Tan Sri Muhyidin mengenai sukan di sekolah.

Pakar Sukan di Sekolah

Pembangunan sukan seharusnya telah bermula dari peringkat sekolah lagi,dan sekolah rendah adalah tempat terawal yang seharusnya untuk mencungkil bakat sukan di kalangan murid. Namun negara kita masih lagi tidak memuaskan dari segi pembangunan sukannya kerana bermula agak lambat dan tidak dapat mencungkil potensi sukan di kalangan setiap murid murid sekolah.

di petik dari:http://maau.net

Cuba kita lihat di sekolah, berapa ramaikah guru yang berkebolehan dalam bidang sukan dan kejurulatihan?. Memang ada, tetapi tidak mencukupi dengan nisbah murid,tambahan pula guru pendidikan jasmani juga mengajar mata pelajaran lain. Sementara guru guru yang bukan opsyen sukan pula menjadi guru pendidikan jasmani yang bukan dalam bidang kepakarannya.

Ada juga  yang tidak bersungguh-sungguh mengajar termasuklah malas untuk menukar pakaian untuk mengajar PJ. Alangkah ruginya pembangunan sukan kita ,jika langkah langkah yang sepatutnya tidak di ambil dari sekarang. Saranan saya ialah mewujudkan guru pakar sukan yang bertindak sebagai ketua  jurulatih kepada guru PJ dan pengurus sukan di sekolah.

 Perjawatan ini boleh diwujudkan melalui Suruhanjaya perkhidmatan awam dan tidak perlu melalui perkhidmatan pelajaran. Mengenai sumber tenaga pakar ini, kita boleh ambil melalui pelajar pelajar yang mengambil Ijazah sains sukan seperti di UITM  ataupun mengambil bekas bekas atlit negara samaada di peringkat negeri atau kebangsaan. Pakar sukan ini akan bukan sahaja boleh bertugas di waktu persekolahan tetapi juga di luar waktu persekolahan seperti pada waktu petang dan hari sabtu. Berikan mereka gred gaji yang menarik untuk menarik ramai ke jawatan ini.

Cadangan ini bukanlah untuk cuba mengelakkan diri dari tugas hakiki seorang guru, tetapi adalah cadangan untuk penambahbaikan keatas sistem sedia ada. Bila sesuatu tugas di berikan kepada mereka yang pakar maka ia akan menjadikan ia lebih baik dan berkesan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s