Arah Baru Pendidikan Negara

Menteri Pelajaran yang baru iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin menghadapi cabaran dalam isu pendidikan terutamanya mengenai isu PPSMI (Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris) bersama timbalan yang baru iaitu Dato Fuad Zarkarshi orang UMNO Johor yang menentang PPSMI ini. Jadi apakah kesudahan tentangan terhadap PPSMI ini dapat di tangani dengan baik oleh kerajaan. Apatah lagi baru baru ini lima orang Sasterawan Negara yang masih hidup telah menandatangani memorandum membantah PPSMI ini.

Pelantikan seorang timbalan perdana menteri sebagai seorang menteri pelajaran adalah yang pertama dalam sejarah negara ini. Ini menandakan bahawa kerajaan benar benar  menjadikan kementerian ini antara tumpuan utama dalam pentadbiran negara. Namun demikian, pelantikan ini juga boleh di andaikan sebaliknya. Oleh kerana kementerian pelajaran merupakan kementerian yang penting, peranan seorang timbalan perdana menteri yang luas bidang kerjanya akan menyebabkan kementerian ini tidak di jaga sepenuhnya oleh menteri.Ini kerana tugas seorang timbalan perdana menteri ialah membantu perdana menteri dalam banyak perkara. Itulah kelemahannya yang terlihat. Namun perkara ini dapat di atasi dengan bantuan timbalan menteri Fuad Zarkarshi yang di lihat lebih membela golongan guru.Ini terbukti dalam kenyataan beliau baru baru ini yang mahu isu hukuman ke atas murid jangan di jadikan isu yang  telah mengalihkan isu asal berkaitan masaalah displin. Ini berbeza dengan menteri yang dahulu , dalam banyak perkara lebih menunding jari ke arah guru  tanpa membuat siasatan terlebih dahulu.

Di harapkan dengan pelantikan menteri yang baharu ini dunia pendidikan akan di perbaiki dan di perkasakan. Kurikulum dan kokurikulum juga perlu sentiasa di nilai kandungannya supaya selaras dengan keadaan semasa.Begitu juga kurikulum juga harus lebih mesra terhadap murid di pedalaman yang masih lagi kurang kemudahan dan prasarana asas. Keperluan pengajaran Bahasa Melayu untuk kaum bukan melayu juga harus di kaji terutamanya murid di pedalaman seperti kaum Iban,Melanau,Kadazan dan lain lain. Ini kerana bahasa melayu adalah menjadi  bahasa kedua mereka bukan bahasa pertama.Sama juga dengan orang melayu yang belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.Mereka tidak bertutur dalam bahasa melayu mereka bertutur dalam bahasa mereka sendiri. Kurikulum harus menilai dari aspek ini supaya pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris menjadi lebih berkesan kepada mereka.

2 thoughts on “Arah Baru Pendidikan Negara

  1. anda belum jadi guru yang baik kalau blm mengajarkan ini pada murid2 anda..

    malingsia is the truly thief nation of asia…
    noordin m. top is the truly gay in asia…he put his ass with a bom….jiaaahahahahahaahahahaaaaaaaa
    what a great nation, malingsia😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s