Masaalah Pembelajaran

Barulah aku tahu mengajar ni nampak macam mudah tetapi sebenarnya tak mudah seperti yang di sangka. Aku mengajar Bahasa Melayu dan bukan opsyen aku,aku ajar budak kelas tahun 5 dan ada yang tak boleh membaca dan masih tak mampu mengeja. Bayangkanlah!. Aku terpaksa pula membahagikan kelas tu kepada 3 bahagian. Pertama yang agak pandai,kedua yang boleh membaca tetapi amat lemah,ketiga pula langsung tak boleh membaca. Jadi semasa aku mengajar aku mengajar mengeja untuk yang tak pandai membaca, mengajar untuk yang pandai dan juga mengajar untuk yang lemah tetapi boleh membaca. Yang agak pandai dari 19 orang itu cuma 5 orang sahaja.Adus..Kadang kadang terasa letih aku. Aku kesian kat budak budak yang tak boleh baca tu. Aku harap cuma dapat bagi mereka pandai baca jer untuk kehidupan diorang nanti.Kalau ada yang terbaca ni boleh tak bagi idea macamana aku nak atasi masaalah ni dengan cara yang terbaik..

3 thoughts on “Masaalah Pembelajaran

  1. Asalamualaikum, En Yusri. Saya sedang mencari blog site sediada mengenai masaalah yang saya nak cuba tolong atasi di alam kerja sukarela yang saya dan suami sedang lakukan. Saya terjumpa blog En. Yusri yang mirip kpd masaalah yang sama.
    Kami berdua adalah pesara yang Allah kurniakan kesihatan, kenderaan, ilmu dan pengelaman bekerja selama 70 tahun antara kami berdua. Untuk tidak membazirkan saki baki masa tua yang masih ada, kudrat dan ilmu pengetahuan yang ada, kami melawat ke kampong2 Orang Asli di sekitar Selangor (kami tinggal di KL) dengan tujuan membantu masyarakat yang masih ketinggalan dari segi ekonomi dan pelajaran anak2. Memang ramai kanak2 Orang Asli yang lemah dalam persekolahan. Sudahlah emak bapa mereka rata-rata tidak pernah ke sekolah untuk mengetahui betapa pentingnya ilmu pelajaran; fakta kemiskinan juga menjadi salah satu sebab kanak2 ini hilang mood untuk belajar. Fakta lain pula ialah kebanyakan mereka selalu dibuli oleh rakan2 sekolah yang tinggal di pekan. Apabila diadu kepada guru darjah, guru tidak peduli. Perbuatan membuli terus berlaku hingga menyebabkan ramai mereka tak mahu lagi pergi sekolah. Situasi begini menyebabkan ramai anak2 Orang Asli lembab dalam pelajaran, lambat mengingati apa yang diajar dek kerana mereka dalam keadaan tertekan dan takut kepada pembuli dan rakan2 lain yang ketawakan mereka kerana tidak melawan.
    Ramai yang masih tidak kenal A,B,C walaupun sudah berumur 12 tahun. Bagaimana hendak membaca?
    Ada beberapa kampong Orang Asli yang saya lawati tiap2 minggu untuk mengajar kanak2 dan orang dewasa membaca dan mengira. Saya menggunakan flash card (kad imbas)untuk tiap2 seorang mereka mengenal huruf2 kecil a, b, c sampai z. Lepas tu saya kenalkan bunyi sebutan huruf2 itu hingga mereka ingat kesemuanya. Lepas tu saya pasangkan huruf2 itu kepada alphabet a, e, i, o, u. Dan akhir sekali saya cantumkan pasangan2 itu untuk menjadi perkataan mudah seperti ‘bapa, bata, mata, kata ….’

    Dalam suasana tidak ada orang yang membuli dan kesabaran guru yang mengajar mereka berulang kali hingga mereka boleh ingat dan kenal huruf, saya dapati kanak2 yang lembab boleh dipimpin untuk berjaya dalam pelajaran walaupun memakan masa yang lambat sedikit berbanding dengan kanak2 yang dikurniakan Allah SWT otak yang pintar, cerdas dan hidup dalam keluarga yang sentiasa memberi sokongan dari segi moral dan material.

    Saya harap cikgu2 yang prihatin, luangkanlah masa rehat anda sedikit untuk melawat rumah kanak2 yang lembab untuk mengetahui punca mereka jadi begitu. Mungkin ada perkara2 yang pehak sekolah boleh bantu untuk mengatasi kanak2 yang lemah ini. Urusan ini walaupun tidak ada ganjaran wang yang boleh diperolehi, namun Allah SWT melihat dan memberi pahala kerana menuntut dan menyampaikan ilmu adalah ibadah. Sekian, wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s