Suatu Ahad yang suram

Hujan renyai renyai di ahad pagi yang suram. Satu hari ahad yang membosankan.

Sawah padi penuh dengan air dan lopak lopak sawah sudah tiada ikan lagi di jelapang ini. Diri masih lagi berbaring malas di toto sambil di dinginkan oleh kipas jenama tempatan Khind. .Aku turun melangkah tangga menuju ke bilik bersiram.Santapan pagi sudah tersedia yang cuma hanya cekodok di cicah bersama sambal ikan bilis.

Huh!sejuknya air siraman pertama dari cedok biru. Siraman seterusnya aku cuma menahan kesejukan itu.Tuala yang di pakai adalah pemberian dari seseorang. Sebuah hadiah dari kotak plastik yang di bungkus dengan reben,daun dan bunga plastik. Hadiah yang bermakna.Bererti.

Aku berpakaian sempurna hanya dengan ‘tracksuit’ dan baju t-shirt berkolar bulat lalu melangkah rajin ke meja makan..”Ni makan yus”,”haah mak’ ringkas saja jawapan aku.

Mukah masih lagi terngiang di bawah pemikiran sedarku.Bot,sampan dan Boeing juga seiring bersama cicahan cekodok ku ke sambal ikan bilis yang sedap dan wangi karya Kak Idah.Cuba untuk menidakkan apa yang di fikir.Masa menanti lagi 2 hari.
Dinihari yang ke 3 aku akan mengusung beg bak peserta- peserta AF yang kekurangan undi.Dinihari ke 4 aku ada di sebuah daerah asing dan terasing. Srup ..daun daun teh yang telah larut beserta dengan gula tebu aku hirup dengan perlahan..panas tapi menyegarkan diri dan juga perasaan. Perasaan yang masih di bayangi oleh fikiran dan angan yang tak berkesudahan.

Petang sudah hampir ke maghrib.Aku baru balik dari pekan Tg Karang.Membeli 2 helai seluar marhaaen di lot Bundle Abang Man. Cikgu Hamid yang ku temui yang sudah tua wajahnya sempat memberi pengalamannya kepada ku. Pedoman yang penting dan berguna..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s