Petikan Berita: Sistem sekolah rendah dirombak

Kementerian Pelajaran akan merombak pendidikan di peringkat sekolah rendah menjelang 2010 dengan mempertimbangkan kewajaran menjadikan sejarah sebagai salah satu mata pelajaran khusus.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu dilihat sejajar dengan usaha kerajaan menyemai dan mengukuhkan integrasi nasional di kalangan generasi muda.

Katanya, rombakan itu yang menjadi sebahagian agenda utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), akan diteliti secara holistik oleh pihak yang mempunyai kepakaran.

Beliau berkata, aspek penting lain yang perlu diberi penekanan ialah cara negara mencapai kemerdekaan dan gandingan rakyat pelbagai kaum dalam mengisi kemerdekaan.

‘‘Bagi mencapai hasrat ini, pembabitan agensi seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dalam usaha memperkasakan nilai murni dan semangat patriotisme amat penting dan kementerian akan memberi sokongan penuh.

‘‘Kita juga akan memperhebatkan usaha menyampaikan maklumat dan fakta sejarah yang betul kepada masyarakat. Sejarah tidak akan berubah dan tidak boleh dipolemikkan atau dipolitikkan kerana ia adalah fakta,” katanya.

Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyarankan supaya Sejarah dijadikan subjek wajib di peringkat sekolah rendah untuk memastikan generasi muda mempunyai kefahaman mendalam tentang sejarah negara.

Menurut Abdullah, bagi tujuan itu juga, Kementerian Pelajaran perlu menjadikan pengajaran mata pelajaran Sejarah sebagai sebuah subjek yang menarik dan bukan dianggap oleh pelajar sesuatu yang membosankan.

One thought on “Petikan Berita: Sistem sekolah rendah dirombak

  1. Ini merupakan proses biasa dalam perkembangan Pendidikan Di Malaysia mahupun negara maju. Kita perlu mencari kaedah tebaik untuk generasi masa hadapan..selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s