Pakar Perlu Di Sekolah

Sekolah di Malaysia perlukan satu kaedah baru yang mengggunakan kepakaran tertentu. Apa yang di maksudkan ialah dari segi displin dan sukan.

Kita mulakan dengan pembentukan displin. Displin murid di bentuk melalui persekitaran sekolahnya sendiri melalui peranan pentadbir sekolah dan guru guru sebagai guru displin kerana setiap guru adalah guru displin. Namun apa yang kita lihat pada hari ini displin murid semakin tidak terkawal dan guru telah di persalahkan atas masaalah ini ,sedangkan situasi persekitaran yang semakin terbuka dengan di burukkan oleh penyalahgunaan media sebagai pencetus kepada situasi displin yang merosot adalah faktor yang tidak dapat di kawal.

Saranan saya di sekolah , apakah tidak boleh di kaji penggunaan pihak yang sememangnya pakar dalam bidang displin.  Contohnya seperti Polis, Tentera untuk mengawal tingkah laku murid dewasa ini. Contohnya di setiap sekolah di letakkan seorang pegawai polis sekurang-kurangnya bertaraf konstabel yang bertindak sebagai seorang penjaga displin. Mungkin juga kita boleh mengambil seorang pegawai tentera yang telah bersara untuk di letakkan di sekolah. Tujuannya bukan untuk menakutkan murid tetapi  adalah lebih kepada pencegahan kepada berlakunya  masaalah displin. Kita tidak mahu melihat peristiwa pelajar perempuan di sekolah menengah di Perlis menendang gurunya berulang, dan banyak lagi peristiwa sebelum ini yang melibatkan masaalah displin samada antara pelajar dengan pelajar atau pelajar dengan guru.

Begitu juga dengan isu pembangunan sukan. Pembangunan sukan seharusnya telah bermula dari peringkat sekolah lagi,dan sekolah rendah adalah tempat terawal yang seharusnya untuk mencungkil bakat sukan di kalangan murid. Namun negara kita masih lagi tidak memuaskan dari segi pembangunan sukannya kerana bermula agak lambat dan tidak dapat mencungkil potensi sukan di kalangan setiap murid murid sekolah.

Cuba kita lihat di sekolah, berapa ramaikah guru yang berkebolehan dalam bidang sukan dan kejurulatihan?. Memang ada, tetapi tidak mencukupi dengan nisbah murid,tambahan pula guru pendidikan jasmani juga mengajar mata pelajaran lain. Sementara guru guru yang bukan opsyen sukan pula menjadi guru pendidikan jasmani yang bukan dalam bidang kepakarannya dan ada yang tidak bersungguh-sungguh termasuklah malas untuk menukar pakaian untuk mengajar PJ. Alangkah ruginya pembangunan sukan kita ,jika langkah langkah yang sepatutnya tidak di ambil dari sekarang. Saranan saya ialah mewujudkan guru pakar sukan yang bertindak sebagai ketua jurulatih kepada guru PJ dan pengurus sukan di sekolah. Perjawatan ini boleh diwujudkan melalui Suruhanjaya perkhidmatan awam dan tidak perlu melalui perkhidmatan pelajaran. Mengenai sumber tenaga pakar ini, kita boleh ambil melalui pelajar pelajar yang mengambil Ijazah sains sukan seperti di UITM  ataupun mengambil bekas bekas atlit negara samaada di peringkat negeri atau kebangsaan. Pakar sukan ini akan bukan sahaja boleh bertugas di waktu persekolahan tetapi juga di luar waktu persekolahan seperti petang dan hari sabtu. Berikan mereka gred gaji yang menarik untuk menarik ramai ke jawatan ini.

Cadangan ini bukanlah untuk cuba mengelakkan diri dari tugas hakiki seorang guru, tetapi adalah cadangan untuk penambahbaikan keatas sistem sedia ada. BIla sesuatu tugas di berikan kepada mereka yang pakar maka ia akan menjadikan ia lebih baik dan berkesan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s