8000 Kakitangan Sokongan di sekolah

KUALA TERENGGANU 10 Okt. – Sebanyak 8,000 kakitangan sokongan penyelenggaraan komputer akan ditugaskan ke 10,000 buah sekolah tahun depan bagi membolehkan guru memberi tumpuan kepada tugas mengajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah meluluskan pelantikan kakitangan sokongan berkenaan.

Katanya, kakitangan sokongan berkenaan akan ditempatkan di sekolah rendah dan menengah yang mempunyai makmal komputer.

“Sebelum ini, kementerian hanya mewujudkan makmal komputer di sekolah-sekolah tanpa mengambil kira penyelenggaraan komputer berkenaan sehingga membebankan guru-guru.

“Pelantikan kakitangan sokongan ini akan membantu mengurangkan beban guru dan membolehkan tumpuan terhadap pembelajaran dalam kelas,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Terengganu di sini hari ini.

Razali menambah, pelantikan itu juga akan membantu mengurangkan kos penyelenggaraan komputer yang sebelum ini turut menggunakan khidmat syarikat swasta.

“Kakitangan sokongan berkenaan yang terdiri daripada lulusan politeknik dan institusi kemahiran akan dapat membantu menyelenggara komputer tanpa sebarang kos tambahan,” katanya.

Dalam pada itu, Razali memberitahu, kementerian juga sedang mengkaji masalah guru terpaksa melakukan kerja-kerja perkeranian sehingga mengganggu tumpuan mereka terhadap tugas hakiki.

“Kementerian akan meminta JPA supaya meluluskan lebih banyak kakitangan sokongan terutama kerani,”ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s