Displin murid

Apakah agaknya yang menyebabkan displin pelajar semakin merosot?. Banyak sebab yang boleh di kenalpasti. Dalam pemerhatian saya sepanjang menjalani praktikum ini, saya melihat bahawa kekangan cikgu yang menjadi antara puncanya. Murid tidak takut kepada cikgu kerana mereka tahu bahawa cikgu tidak boleh berbuat apa apa,hanya boleh memarahi dan tidak boleh merotan mereka apatah lagi nak memukul. Kuasa merotan hanya ada pada guru displin sahaja. Jadinya mereka berani untuk melawan cikgu. Apa lagi kalau cikgu tu adalah perempuan lagi mereka tidak takut. Mereka boleh memperolok-olokan. Ini dari pemerhatian saya, memang ada cikgu perempuan yang di takuti oleh murid tetapi secara keseluruhannya tidak,  berbanding dengan guru lelaki, mereka sebenarnya lebih mudah untuk mengawal murid, sekiranya mereka dari awal tidak menunjukkan mereka lembut dan bersikap agresif.Ini adalah penting untuk mengawal kelas. Jika kelas tidak dapat di kawal, proses P&P akan gagal terlaksana.

Apa yang saya nampak, antara yang menjadi pelajar berdisplin rendah di sekolah adalah terdiri dari murid yang ibu atau bapanya adalah guru. Malah di sekolah ini , murid paling degil dan bermasaalah ialah anak cikgu. Apa sebabnya? adakah mereka ini terlalu di manjakan oleh ibu bapa mereka?, jadi bila di sekolah mereka berkuasa?. Masaalah displin sebenarnya di burukkan lagi dengan sikap ibubapa yang tidak mahu mengambil tahu sikap anak mereka di sekolah. Apa yang mereka nak tahu adalah berapa banyak anak mereka dapat A, bukan ingin bertanya kepada guru bagaimana sikap anak mereka di sekolah. Lebih memburukkan keadaan ialah ramai ibubapa yang memanjakan anak, sehingga sanggup datang ke sekolah jika anaknya bergaduh dengan murid lain. Ini menyebabkan anaknya menjadi bongkak dan besar kepala.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s