E-Book KPLI

Saya menerima satu soalan berkaitan dengan manual E-Book KPLI dari seorang pembaca blog saya. Secara ikhlasnya saya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam berkenaan dengan manual E- book tersebut.Namun saya ada pengalaman berkenaan dengan pembelian e book tersebut tahun lepas dalam persediaan menghadapi temuduga. E-book tersebut juga turut  memberikan saya password untuk memasuki forum yang mengandungi pandangan rakan rakan dan pengetahuan mereka tentang temuduga KPLI. Sedikit sebanyak ia memberikan saya tips-tips yang berguna. Rasanya tidak rugi jika anda memilih untuk membuat pelaburan untuk mendapatkan hasil yang kita inginkan. Sekurang-kurangnya kita sudah berusaha untuk berjaya. Tidaklah kita kesal kerana tidak berbuat apa apa tentang masa depan kita sendiri.

Apa yang saya tulis berkenaan dengan tips KPLI dalam posting Tips dan Panduan KPLI adalah berdasarkan pengalaman saya semasa mengikuti temuduga tersebut. Kerana saya juga ingin memberikan pertolongan sedikit sebanyak untuk membantu rakan rakan di luar sana menghadapi temuduga.  Namun, jika anda semua mahu bantuan yang sepatutnya , sila rujuk kepada pakar tentang KPLI iaitu Cikgu Wan yang telah terkenal dengan E-Booknya. Rasanya dia lebih mahir kerana banyak merujuk dan membuat kajian selama beberapa tahun selain dari pengalamannya sendiri yang telah berjaya lulus dalam temuduga KPLI.  Hasil usaha dan penat lelah beliau munasabah dengan harga yang beliau tawarkan untuk e-book tersebut.

Jika mahu detail tentang penerangan beliau serta tips dan panduan untuk berjaya dalam permohonan KPLI sejak MTEST sila ke LINK ini.

4 thoughts on “E-Book KPLI

  1. a;kum cikgu wan terima kasih dengan pertolongan e book ini saya dapat gambaran sedikit membantu saya agar bersemangat dan yakin pada diri dalam mengambil peperiksaan sabtu kemarin…terima kasih cikgu doakan agar saya lulus mtest dan dapat panggilan temuduga lak…ok thanks a lot

  2. Jika berdasarkan pengalaman saya yang tidak seberapa,namun telah lulus temuduga itu tidak menjadi soal.Sebab saya pun tidak pernah mempunyai pengalaman samada guru sandaran atau guru pusat tuisyen, begitu juga kawan kawan kpli lain ramai juga yang tidak ada pengalaman. Namun yang pentingnya kebolehan kita memberi pendapat tentang sesuatu isu yang penting, dan juga berkat doa kita dan ibu bapa.InsyAllah..

  3. askum..
    adakah berpeluang lulus temuduga kpli jika sekiranya saya tidak mempunyai pgalamn menjadi guru di sekolah mahupun di tempat tuisyen sebelum ini?mengapa?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s