Tips dan Panduan KPLI

Ketika ini mungkin calon calon temuduga KPLI sedang berdebar menanti keputusan panggilan temuduga yang akan dapat di ketahui pada 15 Julai ini. Selepas itu pastinya anda akan mencari pelbagai tips-tips menghadapi temuduga,mentelaah buku dan  melayari internet,mencari bomoh dan mencari orang dalam.

Sebenarnya kaedah dan teknik menghadapi temuduga untuk KPLI tidaklah jauh berbeza dengan temuduga yang lain,cuma yang membezakannya ialah sebagai calon temuduga yang juga calon guru,anda haruslah mempunyai identiti sebagai guru.Maksud disini termasuklah cara percakapan,pakaian yang sesuai,penampilan dan gaya yang sesuai dengan imej profesion perguruan.

Di galakkan sebagai calon temuduga,calon guru lelaki hendaklah berpakaian kemeja putih berlengan panjang,berseluar gelap dan kasut berkilat seeloknya kasut kulit,kenapa?.Pakaian kemeja putih lengan panjang adalah pakaian rasmi untuk kakitangan kerajaan.

Manakala calon perempuan di galakkan berpakaian baju kurung bertudung(bagi perempuan Islam yang tidak bertudung di galakkan bertudung kerana sebagai seorang penemuduga Islam mungkin terdapat perasaan emosi terhadap yang tidak bertudung terutamanya penemuduga yang kuat agama dan mungkin akan menjejaskan peluang anda.(ini hanya pendapat saya secara logik!)

Sebelum menghadiri temuduga pastikan anda mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang isu-isu semasa terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan ,ilmu keguruan,dasar-dasar kerajaan berkenaan dengan pendidikan  seperti NKRA yang berkaitan dengan pendidikan . Anda juga haruslah bersiap sedia dengan segala ilmu termasuk mengurangkan rasa gementar anda dan bersikap dengan berani semasa menghadiri temuduga.
Untuk anda semua,saya beritahu apa yang berlaku semasa temuduga KPLI.

1. Pertamanya, anda akan menunggu giliran di luar bilik temuduga bersama calon-calon lain.Setiap COURSE  mempunyai bilik temuduga sendiri,maknanya mereka yang di luar bilik itu adalah calon yang turut memohon COURSE yang sama.Oleh itu anda hendaklah menegur mereka dan bersikap ramah (jangan sombong!)dan ikhlas ,janganlah kerana nakkan sesuatu .Tak berkat beb!. Ini kerana mungkin mereka akan menjadi rakan forum anda semasa di dalam bilik temuduga.Oleh yang demikian wujudkan keserasian dengan mereka untuk mendapatkan idea dan mengurangkan perasaan malu dan gementar jika sudah berada di dalam bilik temuduga.

2.Untuk makluman anda temuduga di jalankan dalam dua bahagian,pertama adalah secara berkumpulan dan yang kedua adalah secara individu. Anda juga boleh mendapatkan maklumat daripada calon yang sudah di temuduga(calon kursus yang sama)untuk soalan kumpulan kerana terdapat kemungkinan soalan yang sama yang di tanya oleh penemuduga.Jadi anda sudah boleh berbincang tajuk tersebut dengan rakan calon di luar sebelum masuk ke dalam dewan temuduga. Penemuduga biasanya 2 orang jadi anda hendaklah memandang ke dua-dua mereka semasa menjawab soalan individu.

3. Semasa sesi kumpulan,anda boleh memberi pendapat terhadap tajuk yang di berikan, namun jangan sesekali anda menyampuk jawapan rakan yang lain kerana ini menunjukkan anda kurang sopan. Ketika ini ,anda hendaklah menganggap penemuduga tidak berada di dalam bilik tersebut, dan berilah pendapat dengan nada yang jelas dan bersemangat dan yang paling penting tidak merapu atau merepek,kerana penemuduga melihat kepada jawapan kita yang bernas. Selepas keluar dari bilik temuduga ucapkanlah terima kasih kepada penemuduga.

*Semasa di minta memperkenalkan diri anda boleh memperkenalkan diri anda sebagai calon guru..contohnya Nama saya Hamdan bin harun calon guru KPLI….anda boleh guna idea lain untuk menunjukkan semangat dan tekad anda yang betul-betul berminat memohon kursus ini.Namun jangan ‘over’ cukupla.haha!
Ok semoga berjaya calon-calon guru Malaysia!!

14 thoughts on “Tips dan Panduan KPLI

  1. salam..thnks coz berkongsi pglman..wlaupon ini tntg kpli,sya rsa kurang skit gementar untuk hdapi tmudga esok..hrap2 esok time tmudga sya dpat mempraktikkn apa yang dkgsikan d ruangn ni..:)

  2. ikut pandangan saya pengkhususan cik ni boleh saja untuk apply ajar subjek lain kecuali agama,sains,matematik dan BI. Pendidikan Sivik ada kan di sek men ?itu pun boleh.Saya fikir bahasa melayu pun sesuai juga untuk anda pilih.

  3. Salam…

    Thanks berkongsi info…
    Tahun depan saya bercadang utk apply GSTT.saya major dlm sejarah. Skrg ni saya tak pasti apakah subjek yang akan saya isi dlm borang itu selain sejarah.
    Dulu saya pernah jagi guru ganti dan mengajar subjek Geografi, Fizikal dan manusia. Tapi pada saya, Geog fizikal terlalu susah utk diajar.
    Jadi saya ingin minta pendapat ttg subjek yg akan saya isi selain sejarah.
    Saya pernah bertanya seorang guru (saudara saya) ttg subjek yg diberi adalah pelbagai mengikut tahun, katanya pihak kementerian akan mengandaikan bahawa seorang guru itu mesti tahu semua subjek.benarkah begitu?

  4. a)Sijil pengesahan boleh di buat di sekolah. Samada pengetua atau penolong kanan @ pegawai kumpulan A yang lain seperti Pegawai Tadbir N41 dan ke atas termasuklah pegawai polis yang gred 41.

    b) Individu dan berkumpulan. Ada 2 sessi interview. Berasingan.

    C) Ya, kita akan membuat perbincangan tentang tajuk yang di beri oleh penemuduga. Pandai2 la kita nak lantik sesiapa menjadi pengerusi majlis. Oleh sebab tu masa kat luar bilik tu ramah2 la sikit dan berbincang la sapa nak jadi pengerusi.

    D) Amboi dah tanya gaji plak dia..heheh. Ok kalau gaji cikgu sekarang permulaan ialah pada gred DC 41. rm1906 (dapat backdate rm1966) + COLA(100,200,300 IKUT kaw)+ITP(250)+ekA(300)=dalam 2700 lebih la utk tahun pertama.Tahun kedua naik lagi rm 90 =RM2057..

  5. terima kasih atas sokongan/idea anda. ini membantu sedikit sebanyak utk membuar persediaan menghadapi temuduga pd 27hb nanti. saya ada beberapa soalan yang saya masih kurang faham.

    a) mengenai pengesahan sijil2.siapakah yang layak utk membuat pengesahan cikgu?
    b)biasanya berapa lama setiap temuduga akan dijalankan(individual & kumpulan)?
    c)utk temuduga secara kumpulan, adakak seperti MUET dimana kita idea kita masing sendiri utk isu berkenaan?
    d)ini out of topic—gaji permulaan berapa ye selepas menjadi seorang guru sek?hehe

    terima kasih banyak2.harap anda boleh membantu saya.

  6. salam..saya tengah musykil sekarang ni..sekarang tengah berkhidmat sebagai guru gstt di salah sebuah sekolah rendah.memandangkan kelayakan saya hanyalah diploma dari ipts rasa agak rendah diri pula,nak pergi lebih jauh tu adalah sebagai angan2 semata-mata. Teringin untuk apply kpli atau dpli tetapi degree tiada. pointer diploma saya pngk 2.49..umur 27tahun adakah layak untuk saya sambung degree dan bergantung harap agar satu hari nanti diterima untuk kursus kpli atau dpli?

    1. Cik kena merujuk la kepada UNIV berkenaan ,cuba la mintak degree yang berkaitan dengan Diploma saudari…Jika dah berjaya mendapat degree InsyAllah boleh memohon masuk ke KPLI.Tapi kursus KPLI tak pasti akan berterusan atau akan di tamatkan ….

  7. salam, terima kasih bg tips. sy nak temuduga terbuka bagi guru siswazah kontrak esok, tak prepare pape lg coz br abis final exam. tips awak sgt2 mbntu. terima kasih🙂

  8. Terima kasih kepada Cikgu Yusri ..

    Juga tahniah kepada yang terpilih untuk temuduga KPLI ambilan Jun ni. Bagi yang tak terpilih tu janganlah bersedih. Mungkin belum rezeki lagi. Lagipun dengar kata tak ramai yang dipanggil untuk temuduga bagi ambilan Jun ni. Kalau nak tau pasal tips temuduga KPLI bolehlah try lawat link di bawah ni.

    kpli2u.blogspot.com

    1. terima kasih berkunjung..cuma menulis untuk berkongsi pengalaman jer.Kalau boleh membantu Alhamdullilah..

  9. terima kasih kerana sudi bkongsi pgalaman,iya sgt2 mnbantu sya y lgsung xtau pa2 ttg kpli.. xtau nak tnya sapa..:(
    saya akn mduduki temuduga pd 7 mei nti,hrp2 xda hlgan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s