8908 di tawar jalani kursus KPLI 2009

KEMENTERIAN Pelajaran menerima 59,176 permohonan bagi mengisi 8,908 tempat ditawarkan bagi mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) sesi kemasukan Januari 2009.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datin Asariah Mior Shaharuddin, berkata daripada jumlah itu, 56,622 calon memenuhi syarat kelayakan dan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MTeST), 24 Mei lalu.

Sambil menjelaskan tiada perubahan syarat kelayakan pengambilan kali ini berbanding sesi lalu, beliau berkata, keputusan calon mendapat panggilan temu duga boleh disemak menerusi online mulai 15 Julai depan.

Katanya, proses temu duga calon terpilih akan dijalankan akhir Julai hingga akhir September depan di pusat tersenarai seluruh negara meliputi 27 institut pendidikan guru (IPG), Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kuantan, Pahang, serta BPG cawangan Sabah dan Sarawak.

“Temu duga berkenaan memfokus aspek ilmu pengetahuan calon dalam mata pelajaran yang dipohon. Ini penting bagi memastikan calon terbabit menguasai kandungan subjek dengan baik.

“Seterusnya, kepekaan calon terhadap pengetahuan am dan isu semasa, lebih-lebih lagi dalam bidang pendidikan, termasuklah mengenai Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

“Selain itu, perhatian turut diberikan terhadap aspek sahsiah yang menepati ciri pendidik dikehendaki, kemahiran berkomunikasi, keprihatinan serta kematangan calon selaras matlamat kementerian menjana guru berkualiti tinggi.

“Tidak ketinggalan diambil kira aspek penampilan diri dan pertuturan calon. Sasaran temu duga juga ke arah mengenal pasti sama ada calon benar-benar berminat menyertai profesion keguruan supaya mereka boleh memberi sepenuh komitmen terhadap pelaksanaan tugas kelak,” katanya ketika ditemui di Putrajaya, semalam.

Asariah berkata, calon terbabit boleh menyemak keputusan tawaran pengambilan secara online mulai 24 Disember dan mereka yang berjaya dijadualkan mendaftar kemasukan serentak di semua IPG, 12 Januari tahun depan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemilihan calon kini memberi keutamaan kepada ketepatan bidang ijazah kelulusan mereka dengan opsyen pengajian KPLI yang dipohon.

Katanya, elemen penting itu dititik berat bagi memastikan calon sudah menguasai kandungan subjek berikutan tempoh pengajian singkat program KPLI selama setahun di IPG akan tertumpu kepada aspek pedagogi.

One thought on “8908 di tawar jalani kursus KPLI 2009

  1. Salam sejahtera saudara. Saya merupakan salah seorang calon yang telah saudara terangkan menerusi blog saudara. Saya ingin meminta bantuan sekiranya ia tidak keterlaluan. Berkenaan dengan manual atau ebook (panduan menduduki kpli)yang telah dipasarkan melalui internet, adakah saudara sudah memilikinya? Dan apakah pandangan saudara tentang manual tersebut? Adakah ia benar2 menjamin apa yang calon2 guru mahukan iaitu lulus ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s