Jiwa seorang guru

Dunia guru tidak menjanjikan kemewahan dan kesenangan hidup. Namun apa yang di perolehi oleh seorang guru ialah mendapat ganjaran yang baik oleh Allah S.W.T, jika segala ilmu yang di berikan oleh guru adalah dari hatinya yang ikhlas.

Kepayahan menjadi seorang guru adalah kepayahan untuk membentuk jiwa insan yang dapat menggunakan ilmunya kearah kebaikan. Kadangkala terdetik di fikiran saya apakah perasaan seorang guru jika melihat anak muridnya menjadi penjenayah,perasuah sesat dalam beragama dan lain lain perkara negatif. Begitu lah peritnya menjadi guru kerana guru seharusnya mempunyai perasaan yang dalam terhadap apa yang telah di sumbangkannya dan juga setiap kegagalannya dalam membentuk insan. Tidakkah seorang guru itu merasa sedih apabila melihat anak muridnya gagal untuk menjalani kehidupan ini dengan sempurna, terpaksa bersusah payah bekerja sehingga ke larut malam untuk menyara keluarga. Jika tidak mahu keadaan ini terjadi , seorang guru haruslah berusaha bersungguh sungguh dan penuh iltizam untuk memastikan bahawa tidak ada seorang pun pelajarnya gagal dalam pelajarannya,dan juga memastikan bahawa tahap akademik sahaja masih tidak mencukupi untuk seorang pelajar mengharungi kehidupan ini. Di sinilah peranan seorang guru dengan memberi nasihat dan teguran kepada pelajarnya. Jiwa yang besar harus di suntik kepada setiap pelajar untuk menjadikan mereka tidak mudah patah semangat dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s