Tempat Menarik di Selangor: Homestay Sungai Haji Dorani

dorani homestay

Sempena cuti sekolah ini, ada antara kita memikirkan mahu kemana mana bukan?.

Bagi warga Kuala Lumpur yang teringin mahu bercuti dan menikmati percutian yang berbeza, saya cadangkan satu tempat menarik di Selangor.

Saya dah pergi tempat tersebut dan kebetulan ia dekat dengan kampung saya. Cadangan saya ialah Homestay Sungai Haji Dorani. Apa yang ada di sana?.

1. Sawah padi -aktiviti memancing atau photografi. banyak pengambaran filem dan drama di buat disini (sungai besar,Tanjung Karang) termasuk Nurkasih The Movie dan Drama Nurkasih).

2. Pantai( makanan laut yang murah)

3. Membeli belah di Pekan Sungai Besar yang terkenal dengan tempat membeli belah harga ekonomi.

4. Melihat Perusahaan kuih muih dan kerepek sambil membeli dengan harga yang berpatutan.

“Selama 3 hari pelbagai aktiviti menarik di adakan antaranya mencanting batik, bergotong royong memasak hidangan makan malam,memancing ikan di parit , night walk dan berbagai bagai lagi aktiviti”-postingan terdahulu

Apa aktiviti yang ada di Dorani Homestay?. Kalau nak tahu kembali ke posting saya dulu dulu tempat menarik di Selangor iaitu Dorani Homestay.

Cara nak Sampai ke sini:
1)Ikut Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor
2) Dari Kuala Selangor ambil jalan Kuala Selangor – Sungai Besar- Sabak Bernam
3. Selepas sampai pekan Sekinchan ambil masa 15 minit untuk sampai ke simpang masuk ke Dorani Homestay.Ikut Sahaja papan tanda yang ada. Simpang masuk terletak sebelum Pekan Sungai Besar.

Jika nak hubungi pengurus Homestay Sungai Haji Dorani 03 3214 8434 Hj Abd Manan untuk bertanya lanjut

entri asal  petik di sini.