Waktu Kerja guru 9 Jam

Minggu peperiksaan sudah berakhir, kini murid dan guru akan menghadapi cuti akhir semester pula. Bagi guru yang terlibat dengan SPM, samada sebagai guru mata pelajaran atau guru yang menjadi pengawas peperiksaan cuti akhir semester ini hanyalah cuti pada formalitinya, namun tugas sebagai guru tetap berjalan seperti biasa. Di masa inilah guru guru SPM berdebar debar dan turut membuat tuisyen di saat saat  akhir buat pelajar pelajar mereka.

Buat guru guru yang yang tidak terlibat dalam SPM pula, mereka menunggu jikalau ada pula kursus yang akan mereka hadiri pada cuti persekolahan atau mesyuarat mesyuarat terutamanya guru guru yang mempunyai jawatan penting di sekolah.

Dalam masa sama,  ramai guru yang sudah mula merungut mengenai waktu persekolahan 9 jam yang akan di mulakan kajiannya pada tahun hadapan. Walaupun ramai yang tidak bersetuju, ada juga yang berpendapat sebaliknya.

Sebenarnya, waktu kerja guru selama ini memang rasanya sudah lebih dari 9 jam. Masa kerja guru sangat fleksibel. Kerja kerja selain mengajar banyak di buat di rumah berbanding anggapan sesetengah pihak yang beranggapan kerja guru hanya setakat jam 1 tengahari( bagi sesi pagi).

Baru baru ini, kementerian memperkenalkan  sistem aplikasi secara atas talian untuk mengisi markah peperiksaan. Pada awalnya, atas masalah server ramai guru terpaksa membuat kerja kerja memasukkan markah pada tengah malam dan lewat pagi gara gara ingin mengelakkan kesesakan yang menyebabkan kerja terbengkalai. Namun kini, sistem aplikasi ini sudah beroperasi dengan baik walaupun belum  memuaskan. Jadinya pada masa itu, kerja terpaksa di buat pada waktu waktu yang di perlukan untuk rehat dan bersama keluarga.

Begitu juga dengan tugas tugas guru seperti aktiviti kokurikulum yang memerlukan guru berada di sekolah yang tidak mengenal hari dan masa termasuklah  di cuti hujung minggu. Guru tidak merungut mengenai kerja ini. Ini adalah tugas dan keseronokan (passion) mereka. Namun, anggapan pihak luar yang sering mempersoalkan guru adalah sangat jengkel dan bercakap ikut sedap mulut dan tanpa maklumat yang betul. Adakah mereka benar benar memahami dan berada di lingkungan kerja guru. Jika tidak berkatalah dengan objektif dan jikalau ada guru yang tidak bertanggungjawab sekalipun, janganlah kerana nila yang setitik cuma, habis susu sebelanga.

Sekolah Berprestasi tinggi : Senarai Terkini

Berikut senarai terkini Keseluruhan Sekolah Berprestasi Tinggi  2010 dan juga  2011 yang melibatkan 52 buah sekolah.

Sekolah Menengah

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.

2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.

3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.

4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.

5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.

6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.

8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.

9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.

11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.

12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.

13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

14. SMS Muzaffar Syah, Melaka. 15. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu;

16. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor;

17. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;

18. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor;

19. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah;

20. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;

21. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur;

22. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan;

23. Sekolah Menengah Sains (SMS) Sabah;

24. Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Negeri Sembilan;

25. Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Selangor; 26. Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak:

27. SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan;

28. SM Kebangsaan Lembah Bidong, Terengganu dan

29. SMK Agama Naim Lilbanat, Kelantan.

Sekolah Rendah.

1. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.

2. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.

3. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.

4. SK Convent Kota, Taiping, Perak.

5. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

6. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor

7. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak;

8. SK Convent Muar, Johor; 9. SK Seri Biram, Pahang;

10. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah;

11. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur; 12. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang;

13. SK Sultan Ismail, Terengganu; SK Jalan Tiga, Selangor;

14. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang

15. SJK(C) Lick Hung, Selangor.

16. Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam, Selangor

17. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Tung Hua, Sarawak.

 

 

Susu Sekolah Tercemar?

Di  Gombak Selangor,  beberapa orang murid dari beberapa buah sekolah mengadu sakit perut selepas minum air susu percuma yang di bekalkan ke setiap buah sekolah melalui program Susu 1Malaysia.

Susu yang di beri percuma ini nampaknya terpaksa di pulangkan semula ke kilang kerana menyebabkan keracunan. Susu Ducth Lady yang di miliki Syarikat Friesland Campina meminta sekolah yang menerima susu ini di Gombak memulangkan semula susu tersebut.

Apa reaksi Kementerian,JPN  dalam hal ini agaknya?..

Tahun Satu pada usia 5 tahun

Semasa menghadiri mesyuarat hari ini, saya mendengar maklumat dari Guru Besar sekolah saya bahawa mulai tahun 2015, murid seawal usia 5 tahun akan memulakan persekolahan di tahun satu.  Ini berbeza dengan keadaan sekarang , murid hanya bersekolah pada umur 7 tahun.

Manakala tingkatan 1 pula, memulakan persekolahan menengah pada usia 11 tahun.  Sudah tentu satu perkembangan baharu yang agak menarik. Sementara itu, prasekolah tidak akan di laksanakan lagi dengan perubahan ini.

Peringkat pengajian tinggi di universiti semestinya  akan bermula pada usia pelajar 16 atau 17 tahun. Jika di laksanakan,  kesan positifnya ialah negara dapat membekalkan tenaga kerja yang banyak di sektor pekerjaan. Di samping itu, ekonomi dan perniaagan akan berkembang pesat  kerana pasti  permintaan domestik juga  meningkat apabila tenaga kerja ini memasuki alam pekerjaan.

Namun, jika tawaran kerja tidak berkembang dan tiada,  maka kesannya ialah berlakunya  lambakan tenaga kerja yang akan mengakibatkan pengangguran yang tinggi. Ini akan membebankan negara dan menggagalkan usaha Malaysia menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi.

Namun  ini semua hanya cadangan dan masih di peringkat kajian. Bagi saya, saya amat bersetuju jika ia di laksanakan. Sebenarnya di negara barat sudah lama melaksanakan sistem persekolahan pada usia seawal itu. Murid pada era ini juga lebih matang berbanding murid dahulu. Ini kerana perkembangan dunia internet dan teknologi menyebabkan murid telah terdedah  awal kepada banyak ilmu dan pengetahuan pada usia yang awal.

Walau apa pun , kita tunggu perkembangan akan datang. Samaada ia benar benar akan di laksanakan atau sebaliknya.

Tabung Pendidikan

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam melancarkan Tabung Kecemasan Pendidikan untuk membantu pelajar negara ini meneruskan pengajian di universiti di Mesir.

Ia berikutan seramai 4,784 pelajar persendirian tanpa tajaan biasiswa dan pinjaman kerajaan bergelut untuk meneruskan pengajian ekoran kekangan kewangan sekali gus membataskan impian mereka mendapat ijazah sekiranya tidak dibantu.

Daripada jumlah itu, 2,000 pelajar sedang mengikuti jurusan dalam bidang kritikal seperti perubatan, pergigian dan farmasi. Lebih mengejutkan sebahagian daripada pelajar itu terpaksa pulang sekiranya gagal lunas yuran pengajian selewat-lewatnya Januari depan.

Sehubungan itu, RM30,000 diperlukan pada peringkat permulaan untuk disalurkan kepada pelajar berkenaan bagi meneruskan sesi pengajian dari tahun tiga hingga enam bermula awal tahun depan.

Penaung tabung yang juga Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman, berkata PPIM bersama Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Perundingan Melayu berusaha mengumpul dana bantuan sehingga penghujung Disember untuk membantu pelajar berkenaan.

“Kita berharap rakyat Malaysia dapat menghulurkan bantuan kepada pelajar kita di Mesir seperti kita bantu rakyat negara asing ditimpa bencana. Tanpa bantuan kita mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Orang ramai boleh memberikan sumbangan melalui nombor akaun Bank CIMB 14370003771050 atas nama Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan maklumat lanjut boleh melayari laman web http://tabungkecemasanpendidikan.blogspot.com/

Syor Dua guru 1 kelas

Syor dikemukakan jawatankuasa khas tangani peningkatan beban tugas pendidik

Kementerian Pelajaran merancang menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru.
Cadangan itu adalah antara 28 perakuan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.