Langkah Membina Karangan Bahagian B UPSR dengan Mudah

Karangan Contoh:

Lawatan dan Percutian 

Pengalaman menyertai lawatan/rombongan/perkelahan

(a)Lawatan/rombongan  (sekolah)

(b)Perkelahan (keluarga)

Pendahuluan (a) Lawatan@rombongan

Bila melawat/berkelah

Siapa yang menganjurkan lawatan tersebut

Tujuan lawatan.

Berapa ramai murid yang mengikuti-serta berapa orang guru pengiring

Contoh Pendahuluan (Lawatan)

Pada sabtu minggu lepas saya mengikuti  lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Lawatan tersebut di anjurkan oleh Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan 2 Taman Keramat. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan haiwan haiwan yang berada di zoo Seramai 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring menyertai lawatan tersebut.

ISI ISI PENTING

1.       Sebelum bertolak (jam 7.30 pagi)

Berhimpun di tapak perhimpunan.

Guru pengiring memberi  taklimat .

Di bawa menaiki bas. Beratur semasa menaiki bas.

Contoh ayat

Sebelum bertolak ,murid murid beratur di tapak perhimpunan. Guru pengiring memberi taklimat dan nasihat supaya berdisplin semasa berada di dalam kawasan zoo. Selepas memberi taklimat, guru guru pengiring membawa kami menaiki bas rombongan. Kami beratur semasa menaiki bas tersebut.

2.       Semasa berada di dalam bas

-berbual bual dengan kawan kawan

- Menceritakan pengalaman masing masing

-makan dan minum sarapan –kuih dan air

Contoh ayat

Semasa berada di dalam bas kami berbual bual dengan rakan rakan. Ada juga rakan yang bercerita tentang pengalaman pernah ke zoo negara sebelum ini. Kami  menikmati kuih muih dan air kotak yang di beri semasa di dalam bas untuk mengalas perut.

3.       Setelah sampai

Waktu  tiba -

siapa yang menyambut ketibaan-

pegawai bertugas memberi taklimat ringkas serta maklumat mengenai zoo negara

Contoh ayat

Kami tiba di Zoo Negara pada jam 9.00 pagi. Selepas turun dari bas ,pegawai yang bertugas menyambut ketibaan  kami. Beliau memberi taklimat ringkas serta maklumat tentang zoo negara kepada kami.

4.       Aktiviti- (apa yang di lihat  dan di buat)

Melihat …..(pertunjukkan ,pameran,persembahan)

mengambil gambar

membeli cenderahati untuk diberi kepada ibubapa

Contoh ayat

Selepas itu, kami diberi peluang untuk melihat dari dekat binatang yang ada di dalam Zoo. Kami juga sempat melihat pertunjukkan singa laut yang telah di latih. Banyak haiwan haiwan yang terdapat di zoo negara yang belum pernah saya lihat di depan mata seperti harimau dan zirafah.

Penutup

Selepas makan tengahari

-Waktu pulang-

tiba di sekolah di jemput ibubapa-

perasaan

Contoh ayat

Selepas menikmati makan tengahari kami pulang pada pukul 1.00 petang. Tiba di sekolah ibubapa kami telah bersedia menjemput kami pulang ke rumah. Di dalam perjalanan pulang ke rumah saya bercerita pengalaman yang menyeronokkan tersebut kepada ibu.

Keseluruhan( Pendahuluan, 4 isi dan penutup)

Pada sabtu minggu lepas saya mengikuti  lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Lawatan tersebut di anjurkan oleh Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan 2 Taman Keramat. Tujuan lawatan adalah  untuk mendapatkan maklumat berkenaan haiwan haiwan yang terdapat  di zoo. Seramai 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring menyertai  lawatan tersebut.

Sebelum bertolak ,murid murid beratur di tapak perhimpunan. Guru guru pengiring memberi taklimat dan nasihat supaya menjaga displin semasa berada di kawasan zoo Negara. Selepas memberi taklimat, guru guru pengiring membawa kami menaiki bas rombongan. Kami beratur semasa menaiki bas tersebut.

Semasa berada di dalam bas kami berbual bual dengan rakan rakan. Ada juga rakan yang bercerita tentang pengalaman pernah ke zoo negara sebelum ini. Kami juga menikmati kuih muih dan air kotak yang di beri semasa di dalam bas untuk mengalas perut.

Kami tiba di Zoo Negara pada pukul 9.00 pagi. Selepas turun dari bas ,pegawai yang bertugas menyambut ketibaan  kami. Beliau memberi taklimat ringkas serta maklumat tentang zoo negara kepada kami.

Selepas itu, kami diberi peluang untuk melihat dari dekat binatang yang terdapat di dalam zoo. Kami juga sempat melihat pertunjukkan singa laut yang telah di latih membuat pertunjukkan yang menghiburkan hati kami. Ada juga murid yang mengambil peluang mengambil gambar dan membeli cenderamata untuk di hadiahkan kepada ibubapa.

Selepas menikmati makan tengahari kami pulang pada pukul 1.00 petang. Tiba di sekolah ibubapa kami telah bersedia menjemput kami pulang ke rumah. Di dalam perjalanan pulang ke rumah saya bercerita pengalaman yang menyeronokkan tersebut kepada ibu.

(b) Perkelahan bersama keluarga

Pendahuluan

-          Bila ,siapa dan kemana pergi

-          Dengan apa

-          Tujuan

Pada cuti persekolahan yang lalu kami  sekeluarga berkelah ke Pantai Port Dickson di Negeri Sembilan. Kami ke sana dengan menaiki kereta yang di pandu oleh ayah . Kami ke sana kerana ingin bercuti di samping ingin merapatkan hubungan keluarga.

ISI ISI PENTING

1. Sebelum pergi

-persediaan…………bawa bekalan makanan- bapa memeriksa kenderaan-

Pukul berapa bertolak

Sebelum pergi  kami telah membuat persediaan yang rapi. Ibu menyiapkan bekalan makanan dan pakaian kami. Manakala ayah pula sibuk memeriksa kereta supaya dapat dipandu dengan selamat. Kami sekeluarga mula bertolak pada pukul 7.30 pagi.

2. Semasa dalam perjalanan

Berbual-bual, melihat pemandangan dari dalam kereta-

Semasa dalam perjalanan ke………… kami sekeluarga berbual bual. Saya pula mengambil peluang mengambil gambar keindahan alam semulajadi dari dalam kereta. Ada juga ahli keluarga saya yang tertidur di dalam kereta.

3. Tiba,suasana tempat tersebut  dan aktiviti selepas tiba

Waktu tiba- -mengeluarkan barang barang dari kereta- mencari tempat sesuai untuk berehat dan mendirikan khemah

Kami tiba di Port Dickson pada pukul 9.00 pagi. Suasana di tempat tersebut sangat meriah dengan ramai orang membawa keluarga masing masing.Kami menolong ibu mengeluarkan barang barang perkelahan dan selepas itu menukar pakaian untuk mandi

4.Aktiviti –aktiviti lain (kalau pergi 2 hari aktiviti hari pertama dan hari kedua perlu di ceritakan)-membeli cenderamata-

Selain mandi saya dan adik juga membina istana pasir. Setelah penat bermain dan mandi manda kami sekeluarga menikmati bekalan makanan  yang di siapkan oleh ibu. Sebelum pulang , kami juga sempat membeli cenderamata untuk di jadikan kenang-kenangan.

Penutup

Hari dan waktu pulang. (kalau 1 hari…. waktu pulang sahaja).

Perasaan… (gembira dan seronok).

Waktu (pukul berapa) tiba di rumah

Pada pukul 6 petang kami mula bertolak pulang. Perasaan kami pada masa tersebut sangat gembira dan seronok.  Akhirnya kami tiba di rumah pada pukul 9 malam.

About these ads

11 thoughts on “Langkah Membina Karangan Bahagian B UPSR dengan Mudah

  1. Tuan, banyak kesalahan nahu dalam wacana tuan ini. Contoh :
    – karangan contoh – bukan “contoh karangan”
    – pada pukul 9.00 pagi – bukan “pada jam 9.00 pagi”
    – … melawat ke …. – bukan “pergi melawat ke ….”
    dan sebagainya.
    Maaf, sebagai pengajar bahasa, kita mesti menggunakan bahasa dengan betul.

    • terima kasih atas nasihat itu..saya akan perbetulkan kesalahan tersebut dengan segera. Jika ada kesalahan lain yang tuan nampak boleh komen di sini..Saya sedia menerima teguran kerana saya sendiri banyak kekurangan. Terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s