Nilai Murni Bahagian C contoh Jawapan

TULIS LIMA NILAI YANG DAPAT KAMU PEROLEH DARIPADA PETIKAN DI BAWAH.PANJANG JAWAPAN KAMU HENDAKLAH TIDAK LEBIH DARIPADA 50 PATAH PERKATAAN.JAWAPAN MESTILAH DALAM SATU PERENGGAN.

Menemui sahabatku, Amira yang berada di Kuala Terengganu agar sentiasa sihat.

Saudari,

Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk menceritakan pengalaman saya yang menyertai lawatan sekolah ke Pulau Pinang semasa cuti sekolah yang lalu.

Untuk pengetahuan saudari, saya dan rakanĀ  rakan menggunakan masa lawatan dengan sebaik-baiknya kerana banyak tempat yang akan kami lawati. Saya begitu terpegun melihat keindahan pantai Batu Feringgi yang sungguh cantik. Ketika di pantai Batu FeringgiĀ  itu, saya meminta kebenaran daripada guru untuk mandi. Namun begitu, guru tidak membenarkan kerana agak berbahaya. Saya dan rakan akur mendengar nasihat guru.

Selepas bersantai di pantai Batu Feringgi, kami menuju ke Bukit Bendera. Kami semua berbaris sebelum masuk ke dalam kereta api untuk naik ke Bukit Bendera. Sampai di puncak Bukit Bendera, kawan kawan saya membeli barang barang kraftangan. Saya hanya membeli barang barang yang saya fikir murah dan menarik sahaja kerana ibu selalu berpesan agar jangan boros ketika berbelanja. Namun begitu, saya tidak lupa membelikan cenderamata untuk saudari. Oleh itu , saya harap saudari sudi menerimanya.

NILAI HURAIAN
Erat persahabatan/berkongsi pengalaman/ingat mengingati Menceritakan pengalaman menyertai lawatan sekolah
Menghargai masa Memanfaatkan masa lawatan dengan sebaik-baiknya
Patriotisme Menyertai lawatan mengunjungi tempat bersejarah
Bersyukur/menghargai alam semulajadi/mencintai alam Kagum dengan keindahan alam semulajadi
Menghormati guru/berhemah tinggi Meminta kebenaran sebelum berbuat sesuatu
Patuh/mematuhi peraturan Akur atau mendengar nasihat guru
Berdisplin/mematuhi peraturan Berbaris sebelum masuk
Berjimat cermat/berhemah Membeli barang barang yang perlu sahaja agar tidak membazir
Patuh/taat/mengingati Pesanan ibubapa
Baik hati/pemurah Membeli cenderamata untuk kawan

CADANGAN JAWAPAN BAHAGIAN C ULASAN NILAI MURNI

CONTOH JAWAPAN BAHAGIAN C

Antara nilai yang terdapat dalam petikan ialah menghargai masa dengan memanfaatkan masa lawatan dengan sebaik-baiknya agar masa tidak terbuang. Seterusnya, ialah menghormati guru dengan meminta izin sebelum melakukan sesuatu. Di samping itu, kita mestilah berdisplin seperti beratur sebelum masuk ke sesuatu tempat. Selain itu, kita hendaklah berjimat cermat dengan menggunakan wang untuk membeli barang yang perlu sahaja. Akhir sekali, kita haruslah bersikap baik hati dengan membelikan cenderamata buat kawan.


About these ads

25 thoughts on “Nilai Murni Bahagian C contoh Jawapan

  1. Jawapan Macamni Bagus Tapi Bukan Ke Kalau Pendek Sangat , Markah Dalam 12 ke 14 Je ? Rendah Tuu Cikgu . Macammanaaaaa Nakk Score ? Hmmmm , Kalau Dapat Penanda Kertas Yang BAIKHATI lah katakan , Takpa jugop .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s