Permohonan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah) KPLSPM Khas

Salam semua,

Permohonan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah) KPLSPM Khas boleh di pohon mulai hari ini 4 April 2011. Berikut saya kongsi bersama  maklumat tentang permohonan ini berdasarkan laman web KPM. Jika terus ingin  membuat permohonan: klik sini ini. Sebelum itu lihat maklumat maklumat asas mengenai permohonan ini terlebih dahulu.

SYARAT DAN KELAYAKAN  SEBELUM MEMOHON

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.
  • Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) 2.2.1 Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat SMA atau SMU.

Calon yang berjaya layak dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas (18) bulan di mana mana IPG yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Calon juga perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan lulus dengan jayanya dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:

i. Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah;

ii.  Sejarah; dan

iii. Pendidikan Syariah Islamiah.

Permohonan  KPLSPM Khas ini boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov my mulai hari ini  4 April 2011.

Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).

Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.

Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.  Calon hanya di benarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.

Jika ingin  membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar perlulah menggunakan pin yang sama. Pindaan butiran permohonan ini pula hanya dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 APRIL 2011

HUBUNGI PIHAK DI BAWAH UNTUK MENGEMUKAKAN PERTANYAAN LANJUT:

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 3, BLOK E13, PARCEL EKOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62604 PUTRAJAYA(u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)No. Telefon :03-88841260/1254/1253/1371/1235

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sabah d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Peti Surat 1049188805 Kota Kinabalu, SabahNo Telefon : 088 236804 ,088 236804 ,

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sarawak Jalan College 93259  Kuching, Sarawak.No tel 082 258 045

Duniacikgu mendoakan kejayaaan anda semua dalam permohonan ini. Paling penting jangan lupa mengisi maklumat dengan teliti serta pastikan semua maklumat yang perlu di isi , di isi dengan betul.

About these ads

One thought on “Permohonan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah) KPLSPM Khas

  1. Pingback: Keputusan permohonan temuduga KPLSPM Jun 2011 | DUNIA CIKGU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s