Salam pembaca semua..
Selepas anda dapat memasuki temuduga KPLI nanti ada beberapa isu yang saya fikir perlu anda ambil perhatian. Kemungkinan isu isu ini di tanya dalam temuduga adalah amat besar. Kebarangkalian itu amat tinggi. Isu mengenai PIPP rasanya sudah tidak relevan lagi kerana pelan ini berakhir pada tahun ini. Namun anda jangan lupa untuk membaca PIPP juga kerana ada kemungkinan pencapaian PIPP ini pula akan di tanya.

Isu pendidikan yang mungkin akan menjadi perhatian penemuduga ialah tentang salah satu bidang NKRA iaitu mengenai akses pendidikan kepada rakyat dan mengurangkan keciciran murid di pedalaman.
Slogan Satu Malaysia Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan juga akan menjadi topik yang amat popular kerana ia adalah dasar kerajaan sekarang.
Soalan mengenai dasar penghapusan PMR dan UPSR di sekolah dan Penilaian berasaskan sekolah yang menggantikan PMR dan UPSR amat sesuai untuk di fahami dengan sebaiknya.
Ops, jangan lupa ye tentang KSSR yang akan di laksanakan pada tahun hadapan. Itu adalah killer topik rasanya. Banyak perubahan akan berlaku dengan adanya KSSR yang akan menggantikan KBSR ni. Jika masih belum tahu apa itu KSSR ini, KSSR ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Ia akan mula di gunapakai kepada murid tahun 1 2011 . Murid tahun 2 2011 masih menggunapakai KBSR sedia ada. Antara perubahan dalam KSSR ialah dari segi mata pelajaran. Contohnya pembelajaran Pendidikan Jasmani yang diasingkan dari Pendidikan Kesihatan. Pendidikan seni dan Muzik yang di gabungkan di bawah satu nama. Jika mahu lebih tahu tentang KSSR ini, cuba cari di scribd saya iaitu akaun scribd/ydamar.
Pada masa saya di temuduga dahulu, soalan yang di tanya kepada saya ialah mengenai Tahun Melawat Malaysia 2007 dan apakah peranan saya sebagai guru untuk mempromosikannya kepada murid di sekolah. Terkebil kebil jugalah saya menjawabnya kerana tidak bersedia pada topik itu. Hanya yang di jawab oleh saya ialah melalui aktiviti P&P dan menganjurkan murid supaya menegur pelancong asing yang mereka jumpa di mana mana serta menganjurkan hari kantin. Saya pun dah lupa apa yang saya jawab tentang hari kantin ni.
Kesimpulannya , penemuduga mungkin akan cenderung bertanya aras soalan sebegini. Contohnya , “apakah peranan anda sebagai guru untuk membantu kerajaan membentuk perpaduan rakyat di negara ini?. Apakah yang anda akan jawab?. Ok fikirlah sebaiknya dan kaitkanlah dengan Slogan Satu Malaysia.
Walau apapun tahniah jika anda berjaya layak ke temuduga, Apabila layak nanti jadi la guru yang ikhlas dan jujur dalam pekerjaannya. Biarlah apa orang ramai nak kata tentang KPLI ni. Mereka ni hanya pukul rata semua guru KPLI tak berkebolehan. Sedangkanpada hakikatnya semua guru sama sahaja. Ada yang cemerlang dan ada juga yang tidak.
Istilah pendidikan terkini 2010 dan 2011
1. LINUS= Literasi dan Numerasi
2. P&P: Pengajaran dan pembelajaran dah bertukar kepada Pembelajaran dan Pengajaran.
Di ubah mulai 2011 kerana pembelajaran lebih di pentingkan daripada pengajaran.Pembelajaran berpusatkan murid bukan berpusatkan guru.
3. SKPM
4. Baiah
5.MBM MBI (Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris) -menggantikan PPSMI
Klik untuk baca : kenapa awak nak jadi cikgu?
saya ada apply kpli jan intake 2011,bt i tak dapat….hanya dapat masuk sampai temuduga….sangat sedih…saya gagal dalam mata pelajaran sejarah spm….tetapi i dapat c+ dalam matapelajaran sejarah stpm……dalam keadaan ini adakah sukar untuk dapat kpli pada masa akan datang….tolong jawab
salam.saya akan menjalani temuduga ijazah sarjan muda pendidikan fizik..ape yang perlu saya tahu?harap dibantu
salam,sy mahasiswa pndidikn,,sy plu siapkan satu pnyelidikan ttg isu2 pndidikn yg dperkatakn sjk dlu smpai ls skrg ttapi msh blum temui jln pnyelesaiannya..kalo blh isu yg brkaitan dlm bdang pend.islam..blh cikgu bg idea x psl apa yg blh sy bt penyelidikn ni sbb pnyelidikn ni adlh assgment yg plu sy siapkan,,,t.ksih
maaf dah lama tak jenguk ke blog ni…kalau tentang sejauhmana murid melaksanakan ibadah wajib seperti sembahyang di rumah dan kaitan dengan peranan kelaurga,kawan2,cikgu dll?
salam,sy mahasiswa pndidikn,,sy plu siapkan satu pnyelidikan ttg isu2 pndidikn yg dperkatakn sjk dlu smpai ls skrg ttapi msh blum temui jln pnyelesaiannya..blh cikgu bg idea x psl apa yg blh sy bt penyelidikn ni sbb pnyelidikn ni adlh assgment yg plu sy siapkan,,,t.ksih
Salam sekalian..esok saya menghadapi temuduga program pendidikan.Saya mengharapkan diberikan kemudahan,ketenangan dan kejayaan dalam temuduga tersebut kerana saya ingin membantu kedua ibu bapa yang bertungkus lumus memberikan saya pelajaran sehingga ke tahap ini..oleh itu,saya ingin mengajak rakan2 sekalian.marilah kita sama2 doakan agar saya berjaya dlm temuduga tersebut dan tak lupa juga untuk semua individu yang menghadapi temuduga tersebut.amin ya robbbial’alamin.salamun khawlammir robbir rahim…
salam cikgu..saya merupakan bakal graduan dan sangat berminat utk mmilih bidang pguruan sbg kerjaya saya. Saya jus nk tny sama ada temuduga umtuk pdidikan sains adalh dlm BI or BM?
salam… sy ada interview medsi… sy dtawarkan pendidikan math… so what should i gonna do.?? onesly,.. xtaw apepom dlm interview ni… nk dapatkan nasihat dpd ssiapa yg tahu…. pliiiiiiissssssssss…..
assalamualaikum…
saya dapat tmuduga guru bgi lpasan matrikulasi isnin depan..
ermm saya amik course perakaunan..
agak2 selalu tanya apa eh??..terima kasih
salam cikgu..lari topic sikit..sy ada interview DPLI 31 mei ni, perdagangan dan keusahawanan..berdasarkan panduan yg diberi banyak dpt menbantu sy..Tq cikgu:)
sy mta pandangan n lain2 tips utk sy yg tiada pengalaman mengajar n hanya ada pengalaman bekerja 5 tahun…bagaimana sy perlu menyakin kan mereka sy berminat?tq cikgu…
salam..sy nk tnye cgu psal interview kos bahasa melayu n kaunseling 29 hb nie…ape isu2 terhangat bkaitan kos yg sy dpat nie…sy buntu n sgat2 nervous cgu..sy xtahu nk bace ape…tkut sgt jadi kayu yg mmbisu nnt
salam..rabu ni de intrview..kos bm..
neves la..
salam…saya ada interview 25 mei ni..sangat takut,,sbb saya xada pengalaman langsung di interview..boley bg tips x..saya interview kos perakaunan dan pengurusan perniagaan…banyak yg saya xtau lagi..hope boleh bantu,tq
Maklumat tentang kos yang anda nak pohon ni perlu anda kuasai. Kenapa anda mahu jadi cikgu soalan biasa keluar.. Paling penting tunjuk kepetahan bercakap. Tahu isu semasa. Baca paper selalu. Kalau ada kawan yang sudah pergi temuduga tanyalah mereka. Apa yang penting selain kepetahan bercakap ialah keyakinan diri semasa bercakap di nilai oleh penemuduga. Yang lain lain itu serahkan pada Allah, janji berusaha, berdoa dan bertawakal.InshAllah.
salam…sy ad interview utk kos pndidikan sejarah n pendidikan dgn sains sosial…boleh bg tips utk pendidikan dgn sains sosial x..saya xberapa tahu n mahir..
sains sosial ini ialah subjek yang melibatkan KT,SIVIK, Seni . selain itu Kuasai isu semasa dengan baik. Sebenarnya penemuduga nak lihat kebolehan kita bercakap dan menyampaikan buah fikiran denagan baik. Salah atau tidak bukan isunya. Isunya meyakinkan atau tidak jawapan yang awak beri tu selain jelas penerangan itu. Senjata cikgu adalah dari muluntnya. Itulah penilaian sebenar. Maklumat tentan hal hal semasa dan perguruan perlu ambil tahu. Jawatan yang ada dalam dunia guru perlu di ambil tahu. Supaya anda lebih yakin bila menjawab soalan nanti. Yang lain lain tu serahkan pada Allah, Jika anda berusaha dan berikhtiar maka InshaAllah kejayaan semasa temuduga pasti ada pada anda. Minta doa dari cikgu dan ibubapa(jika masih ada). Selain bersolat hajat untuk kebaikan diri dan kejayaan kawan kawan.
salam…saya dapat pgln tmuduga 26mei ni~ so skrg sgt2 la nervousnye n celaru..dun know wht to do..huhuhu,, sye suda bce tips2 n plbgai cnth soaln..adoi..rse takut/bimbang mncengkam kalbu sguh!!
ok just rilek. Ok. jangan lupa senaman untuk kesihatan. Supaya sihat masa temuduga nanti.Jangan main hujan. hehehe..
cikgu,masa temuduga upu bidang tue pelbagai soalan ke yg akn di tanyakan?soalan-soalan yg ditanyakan tersebut memerlukan jawapan yang panjang dengan huraian ke??
Tak ada banyak soalan. soalan individu ada satu, satu soalan dalam kumpulan.
Cuma satu soalan tu kita di bagi peluang untuk memberi pendapat. Tapi masa kita bercakap tu penemuduga akan mencelah. Jadi jangan bagi peluang penemuduga nak mencelah..Hehehe.Maksudnya kita cakap sahaja.
yup memang kena bagi penerangan panjang lebar. Dengan huraian yang berfakta.
salam,..isnin nih saya ada tmuduga ntk sejarah..em..rasa2 laa,..apa soalan yg bakal d tnya,..nk sgt jd cg sjrah nih….^-^
saya ada tulis di komen di bawah tentang tu..Ok sejarah ni menggantikan mata pelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan kewarganegaraan mulai 2014 untuk sekolah rendah untuk tahap 2. Mata pelajaran Sejarah juga akan di wajibkan kredit dan lulus dalam SPM.
Jieja ada bagi komen macam ni selepas temuduga untuk opsyen sejarah:.penemuduga tanya ttg pembentukan malaysia dan mengapa sabah & sarawak join p’sekutuan tnah melayu..diorang uji pngetahuan sejarah negara jer..alhamdulillah dapat jawab..hihihi.. ^_^
ouh,..eya…bru bongkar komen2 ckgu nih,..pa2 pn,..doa kn sy brjaya ya ckgu,..makaseh atas info ckgu,..^_^
sama..sama…berkongsi info yang sedikit ni
salam saya dpt interview kplsm utk subjek sj saya pi sok bule bagi tips tak?
sory lambat reply..semoga berjaya dalam temuduga
salam. saya dpat interview kplspm untuk kos math mggu ni. agak2 law math cmne ye inteview die. debar ny!
baca tentang MBMMBI…penamatan dasar ppsmi diantara yang perlu di ambil tahu..
salam..cikgu jika sy dpt kplspm temuduga perguruan dlm bdang muzik ap persediaan ptut sy lakukan?sy mohon panduan dr cgu..terima ksh..
bagi saya tak kira apa pun opsyen yang di pilih perlu bersedia segala galanya…apa yang berlaku dalam dunia pendidikan mutakhir ini perlu di ambil tahu..dasar dasar kerajaan dan dasar pendidikan ,ambil tahu nama menteri pelajaran,menteri pendidikan tinggi,nama ketua pengarah pelajaran,menteri kabinet. Muzik guna temuduga bakat ke?..Kalau ye, praktislah apa yang patut..maafm, saya muzik tak berapa pasti macam mana…nanti kalau saya ada info yang berguna saya akan kongsikan di sini..
mintak share ye.
http://nazmi-ahayat.blogspot.com/
ok boleh sahaja nazmi..sory x perasan comment ..u punya comment auto terus masuk dalam spam …baru tengok comment auto spam hari ini..
agaknye kalau bahasa arab apa yang ditanye..?
kalau bahasa arab, saya tak tahu nk cakap…agaknya mungkin penemuduga akan tanya dalam bahasa arab…
kalau ambil sains sekolah rendah,macam mana?apa yang patut diulangkaji
jieja yang ambik opseyn sejarah di uji melalui pengetahuan tentang sejarah negara, kalaun nur iman (sains) mungkin pengetahuan umum tentang sains la rasanya..
Pingback: Tips temuduga KPLSPM 2011 | DUNIA CIKGU
thanks utk info ni…klu ambil subjek sejarah bgi skolah rendah,apa soalan akan kluar agak2nya??ni subjek baru bgi skola rendah..first batch 2011…
Sejarah ni adalah subjek dari kurikulum KSSR untuk di mulakan tahun 4 2014. Maksudnya murid tahun 1 sekarang akan memulakan pelajaran dalam sejarah ini. Sejarah ni bakal menggantikan subjek Kajian tempatan yang diajar sekarang. kalau yang ini saya tak pasti la apa penemuduga akan tanya sebab batch pertama kan. Tapi kena kenalpasti mengapa ramai pelajar tidak suka akan subjek ini. Kemudian apa relevannya subjek ini di ajarkan kepada murid di sekolah rendah?. Ini ada kaitan dengan semangat perpaduan dan semangat 1Malaysia yang di promosikan kerajaan. Kemudian kenalpasti kaedah atau teknik yang boleh menarik pelajar menyukai subjek ini. Ini pendapat saya sahaja.
(Ops…rasa saya patut buat entri baru pasal temuduga KPLSPM la…hehehe ..sebab ramai yang masuk kat sini datang dari KPLSPM. Tapi takpe, mana yang boleh saya bagi pendapat saya bagi pendapat lah berdasarkan pengalaman saya di sekolah yang tak seberapa.
dah lepas da tmuduga kemarin lagi..hihi..penemuduga tanya ttg pembentukan malaysia dan mengapa sabah & sarawak join p’sekutuan tnah melayu..diorang uji pngetahuan sejarah negara jer..alhamdulillah dapat jawab..hihihi.. ^_^
terima kasih eika datang balik ke sini untuk berkongsi pengalaman
assalamualaikum. just nak minta pandangan berkenaan soalan mengapa anda memilih kerjaya guru.selalunya orang kata memang minat, kerjaya yang mulia. selain itu, apa jawapan yang boleh diberikan?
cadangan saya:
1. terangkan yang anda mempunyai kebolehan sebagai calon pelatih cikgu.
2. Kerjaya cikgu adalah cita cita anda sejak sekian lama.
Cadangan saya
Nyatakan anda ada kebolehan dan bakat untuk menjadi cikgu tetapi perlu di gilap lagi melalui latihan di IPG.
terima kasih, atas cadangan yang diberi =)
hmm..relevan ke post ni utk saya yang akan menghadapi temuduga PPC Mathematics mnggu hdpan? Saya lepasan SPM..dan sdang mencari bahan yang mungkin ditanya dalam temduga..Bantu saya
cuba baca tentang MBMMBI(Memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan penguasaan bahasa inggeris. Dasar ini dasar terbaru kerajaan menggantikan PPSMI
doakan saya utk temuduga isnin ni.
saya ada temuduga isnin ni.terima kasih info ini sgt berguna.
semoga berjaya..bagaimana dengn temuduga hari ini?..
hurm,nk tya,if dpt intrview for TESL.mean speaking la kan.?? just wanna make sure it.:)
if speaking,little bit hard to explain whole things kat atas tu ,btw,thanks for the tips,it such really good for me who are not ready enough having interview this monday.
logiknya macam tu lah… cuba baca tentang hal ini…MBMMBI(Memartabatkan Bahasa Melayu memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris iaitu program menggantikan sains dan matematik dari PPSMI(dalam BI)
Strategi Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris
• Menyediakan guru BI yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA
• Menyediakan guru BI di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas berenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 murid)
• Menyediakan bahan bacaan Bahasa Inggeris
• Memperkenalkan language arts dalam P&P Bahasa Inggeris
ini tak buleh jadi nih,kene stady paper banyak2 nih,tak tido malam jwbnye,harap2 soalan baek punya,interview 26,sume tlg la doakan cek berjayo,thank you atas tip-tip yg bagos tu
saya harap afiqah berjaya…kena buat homework lagi sikit…cuba la tanya cikgu cikgu kat sekolah..minta bahan bahan yang boleh di bca untuk temuduga…ops…afiqah ni dapat temuduga kplspm ke?
ade rayuan ke klo x layak
kena selalu la bukak laman web moe tu kakau ada makluman rayuan. tapi biasanya rayuan akan di beritahu masa keputusan di umumkan..kalau tak berjaya cuba la mohon ke tempat lain pula. universiti antara pilihan yg terbaik
the thing is,,, pastikan anda mampu menjawab terbaik soalan “mengapa anda nk jadi cikgu?”.. aku dapat soalak ni, hmm alhamdullilah dpt jwb termampu,
baca lah sikit2 pasal nkra dan KSSR.
good luck
syukran atas info cikgu..sy ada interview kpli 22hb ni..rasenye apa isu pendidikan terbaru lg ye.
ok tolong tengok tengok kan isu berkenaan pertukaran guru antara daerah mengikut opsyen, ini yang terbaru dan paling hot sekarang. Ramai guru guru ini enggan di pindahkan kerana masalah logistik(jauh dari rumah).Terpaksa balik ke rumah seminggu sekali. Mungkin akan di tanya dalam interview. contohnya. adakah anda bersedia di pindahkan? oleh PPD?
Opsyen yang paling banyak di pindahkan ialah opsyen BM. Daerah yang paling ramai opsyen BM pula kalau di Selangor contohnya di PPD Sabak dan Hulu Sel.
interview esok.macam tak bersedia..
terima kasih atas tips yang diberikan.
terima kasih kembali..cuma berkongsi apa yang tahu dan berlaku di skitar dunia cikgu sahaja..
thanks en.yusriwahab krn sudi berkongsi info ek..sy iview 20hb ni …huhu takutnyer
InshaAllah, jika ada rezeki dan ada usahanya InshAllah berjaya….tgok2 sikit pasal KSSR tau..Kurikulum baru tu..Kalau nak cari di Scribd.Saya ada upload atas nama ydamar..
sama sama..jgn takut ..ops hari ni kan? interview? kalau terbaca di sini bleh tolong kongsikan di sini…boleh tolong kawan2 yg belum
me ksh ats tips yg di berikn…ianya amt bermkna kpd
yg akn mnghdpi temuduga KPLi nnti..termasuk la diri sy sndiri…. me ksh…
Terima kasih kembali.Cuma nak berkongsi sedikt pengetahuan yang ada. Kalau kalau boleh membantu..