Cabaran Mengajar di Pedalaman

pemandangan biasa sekolah pedalaman bersama tong air

Di pedalaman,  setiap sekolah mempunyai masaalah yang  lebih kurang sama. Ada sekolah yang tak ada makmal  komputer dan ada  sekolah yang tak ada padang permainan. Ada juga sekolah yang  tak  ada kantin ( murid makan free sebab dapat RMT ). Oleh sebab tu, cikgu  terpaksa la balik ke rumah pada waktu rehat untuk memasak makanan mereka sendiri.

Ada juga sekolah yang tak cukup kuarters guru dan guru terpaksa bersesak-sesak  dalam satu rumah . Kalau tinggal di kawasan seperti  kaum melanau di Sarawak ‘ok’ lah kerana mereka tinggal di rumah seperti orang melayu dan kadang kadang ada rumah yang boleh di sewakan.

Tapi kalau mengajar di kawasan kaum  Iban?  .Memang susah ..lagipun rumah panjang dengan sekolah jauh sangat.

Selain itu,masalaah paling utama kebanyakan sekolah di pedalaman ialah  tak ada kemudahan air bersih. Terpaksalah  menadah air  hujan untuk kegunaan harian. Pilihan lain ialah mandi di sungai jelah.

Elektrik pulak ,ada sekolah menggunakan  generator dan ada sekolah yang mendapat perkhidmatan eletrik syarikat  SESCO. SESCO  ni macam TNB lah kalau kat semenanjung. Tapi ada tempat  tertentu selalu ‘black out’ gara gara kelemahan SESCO ni.

Line telefon memang susah nak dapat  di kawasan pedalaman. Ada sekolah yang gurunya terpaksa naik ke atas bukit untuk menelefon . Kalau bernasib baik ada tempat atau sekolah yang dapat, tapi kena letak handphone kat dinding.Ada juga sekolah tertentu line telefon menggunakan antena yang di reka sendiri oleh penduduk tempatan.

antena handphone rekacipta org kampung untuk menarik line..

tiang antena handphone(pic kredit to Noi)

Untuk perkhidmatan internet  tak ada masaalah kerana sekarang ni setiap sekolah ada perkhidmatan ‘School  Net’ kecuali  ‘school netnya rosak dan tak dibaiki.

Masaalah dalam aspek mengajar pula macam macam. Ada murid yang tak ada buku tulis kerana tempat tinggal mereka tak ada kedai runcit. Nak keluar  ke bandar amat  jauh dan memakan masa yang lama dan modal yang banyak. Nak marah pun kadang kadang tak sampai hati. Nak meminta murid membawa barang untuk tujuan pembelajaran memang lah susah.Contohnya nak meminta mereka membawa akuarium mini untuk kemahiran hidup memang susah kerana jarak ke bandar bukannya dekat. Memakan masa  berjam-jam sehingga  ada  yang memakan masa 8 jam untuk ke bandar.

pengangkutan utama di kawasan pedalaman ke bandar

Jadi kalau anda di tempatkan ke pedalaman cuba cuba la tanya dengan kawan kawan yang mengajar di sana. Kalau kalau ada tips yang boleh di gunakan. Saya menulis berdasarkan pengalaman di Sarawak dan juga dari cerita kawan-kawan. Kalau pedalaman Sabah saya tidak tahu bagaimana.Tapi rasanya tak jauh berbeza dengan di Sarawak.

Itulah serba sedikit yang saya boleh kongsikan terutama untuk guru yang bakal di tempatkan di pedalaman. Tapi banyak kelebihan yang ada di pedalaman.Mungkin di lain masa saya akan berkongsi cerita lagi. …Salam.

About these ads

4 thoughts on “Cabaran Mengajar di Pedalaman

  1. Ingat lagi masa temuduga KPLI dulu…
    interviewer tu tanya saya, sanggup tak kalau anda dihantar ke pedalaman Sabah & Sarawak…
    jawapan saya mudah
    “ya saya sanggup”

    Jadi pertama kali saya menjejakkan kaki di sekolah tempat saya
    diposting-kan (somewhere in Sarawak)
    saya ucapkan “terima kasih” kepada murid-murid saya,
    kerana mereka lah saya mendapat pekerjaan ini…kerana mereka jugalah pada hari ini saya bergelar seorang guru…

    berbalik kepada cabaran mengajar di pedalaman….
    bagi saya, Saya tak berkira sangat dengan segala kekurangan yang ada di pedalaman…kita buat kerja dengan ikhlas… tunaikan tanggungjawab sebaik mungkin…lagipun dulu kita juga yang memilih profesyen ini kan…
    kalau dipostingkan ke pedalam tu pandai-pandailah bawa diri di tempat orang.. begaul dengan orang tempatan, jangan jadi “kera sumbang”…

    GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

  2. Kadang kadang ada berlaku diskriminasi guru tempatan dengan guru semenanjung.Tapi tak di semua tempat..Tapi kebanyakannya mereka melayan guru semenanjung dengan baik..

  3. Kalau ditempatkan di pedalaman,kene kuatkan hati 3juta peratus sebab jangan perasan anda akan berada kat situ untuk tempoh yang sekejap,dan percayalah bahawa anda tidak keseorangan di situ. Kawan2 sekapal,kawan seperahu,kawan se’bot ekspress’ ada untuk membantu anda,merekalah abang,adik,kakak,saudara-mara kita..tapi anda akan rasa ‘down’ apabila seorg demi seorang meninggalkan anda…(T_T)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s