Arah Baru Pendidikan Negara
Menteri Pelajaran yang baru iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin menghadapi cabaran dalam isu pendidikan terutamanya mengenai isu PPSMI (Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris) bersama timbalan yang baru iaitu Dato Fuad Zarkarshi orang UMNO Johor yang menentang PPSMI ini. Jadi apakah kesudahan tentangan terhadap PPSMI ini dapat di tangani dengan baik oleh kerajaan. Apatah lagi baru baru ini lima orang Sasterawan Negara yang masih hidup telah menandatangani memorandum membantah PPSMI ini.
Pelantikan seorang timbalan perdana menteri sebagai seorang menteri pelajaran adalah yang pertama dalam sejarah negara ini. Ini menandakan bahawa kerajaan benar benar menjadikan kementerian ini antara tumpuan utama dalam pentadbiran negara. Namun demikian, pelantikan ini juga boleh di andaikan sebaliknya. Oleh kerana kementerian pelajaran merupakan kementerian yang penting, peranan seorang timbalan perdana menteri yang luas bidang kerjanya akan menyebabkan kementerian ini tidak di jaga sepenuhnya oleh menteri.Ini kerana tugas seorang timbalan perdana menteri ialah membantu perdana menteri dalam banyak perkara. Itulah kelemahannya yang terlihat. Namun perkara ini dapat di atasi dengan bantuan timbalan menteri Fuad Zarkarshi yang di lihat lebih membela golongan guru.Ini terbukti dalam kenyataan beliau baru baru ini yang mahu isu hukuman ke atas murid jangan di jadikan isu yang telah mengalihkan isu asal berkaitan masaalah displin. Ini berbeza dengan menteri yang dahulu , dalam banyak perkara lebih menunding jari ke arah guru tanpa membuat siasatan terlebih dahulu.
Di harapkan dengan pelantikan menteri yang baharu ini dunia pendidikan akan di perbaiki dan di perkasakan. Kurikulum dan kokurikulum juga perlu sentiasa di nilai kandungannya supaya selaras dengan keadaan semasa.Begitu juga kurikulum juga harus lebih mesra terhadap murid di pedalaman yang masih lagi kurang kemudahan dan prasarana asas. Keperluan pengajaran Bahasa Melayu untuk kaum bukan melayu juga harus di kaji terutamanya murid di pedalaman seperti kaum Iban,Melanau,Kadazan dan lain lain. Ini kerana bahasa melayu adalah menjadi bahasa kedua mereka bukan bahasa pertama.Sama juga dengan orang melayu yang belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.Mereka tidak bertutur dalam bahasa melayu mereka bertutur dalam bahasa mereka sendiri. Kurikulum harus menilai dari aspek ini supaya pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris menjadi lebih berkesan kepada mereka.
Bukan Kerana El Nino melanda
Masaalah kemarau melanda kampungku sekarang.Air di tangki rumah sudah nak habis.Hujan dah lama tak turun.Budak budak asrama terpaksa pulang ke rumah sendiri kerana masaalah ini. Orang kampung di sini mengharapkan air tangki dari hutan.Tapi bukan setiap rumah ada menyambung air dari tangki ini. Macam rumah aku, mana ada!. Hanya nak mengharapkan air tangki hujan sahajalah!.
Itulah nasib guru di pedalaman. Terpaksa la menghadapi pelbagai masaalah yang mendatang.Aku berada di pedalaman ke 2 dari 3 jenis pedalaman. Pedalaman 1 dapat elaun RM500,2 dapat RM1000,3 dapat Rm 1500. Hitung hitung aku punya gaji dan elaun adalah mencecah RM4k gak. Tapi hanya di atas kertas sahaja banyak.Nilai duit di sini rendah kerana kos yang tinggi samada harga barang yang mahal,kos pengangkutan tinggi yang menyebabkan tidak berbaloi dengan gaji yang di perolehi.






