Seorang Guru Di Sebuah Pulau

Sudah seminggu aku bergelar seorang guru. Perjalanan yang panjang ke sebuah daerah yang asing dan terasing. Di sebuah pulau yang terpisah dari daratan Matu/Daro. Kampung Penibung terletak berhadapan dengan Laut China Selatan.Kampung ini adalah sebuah kampung nelayan yang kegiatan utama adalah menangkap ikan di laut dan menanam padi di huma.
Capaian jalur lebar amat lemah tarikan. Capaian bukan seperti di tanah daratan di semananjung. Tapi aku tetap bersyukur kerana kehidupan masih terlaksana dengan cara tersendiri di sini. Air hujan adalah air yang menghidupkan wajah wajah manusia di sini.Sungai bergaram tak mampu untuk menghiburkan hati yang lara jika kemarau melanda. Syukur disini ada karan.Ada juga hiburan di waktu senggang.
Kaum Melanau Islam adalah keseluruhan isi isi kampung ini terkecuali beberapa insan guru dan pekedai runcit serta pengusaha bot laju. Murid hanya ada 102 dan guru hanya ada 14 orang dan aku salah seorang darinya.
Hujan oh hujan harap kau turunlah hari ini.Boleh lah kami menadah untuk kegunaan hari esok..

January 21, 2009. Tags: . Uncategorized. 4 comments.

Perjalanan sebuah hidup di Mukah …

Seekor tikus memanjat dinding dari sebuah almari buruk
dengan agak kelam kabut.tikus pengecut itu mendaki dinding itu ke arah siling
yang telah berlubang dan menghilangkan diri di dalam kegelapan malam di atas celah
bumbung rumah.Tikus itu mengingatkan aku tentang perjalanan hidupku akan datang yang tak pasti lagi macamana perjalanannya
adakah kelam kabut seperti tikus yang memanjat dinding itu atau seperti keberaniannya menghadapi sinar terang lampu bilik tanpa takut
kena ketuk dengan manusia yang memandangnya.

Mukah adalah sebuah bahagian ke 10 pada 2002.Aku adalah penghuninya pada 2009. Tanjung Manis di Belawai,Dalat
adalah beberapa daerah yang aku kenali melalui atas talian. Nak datang ke sini melalui Kuching-sibu-MUkah atau boleh saja
ambik flight dari Kuching terus ke Tg Manis di Belawai naik Maswings. Ada capaian atas talian boleh la aku menulis lagi
jika tidak aku simpankan saja kenangan ni dalam hati yang lara..

Kumpul duit buat belanja,kumpul duit buat beli harta,kumpul ilmu buat pahala,beri ilmu jangan buat dosa..Salam Maal Hijrah

January 2, 2009. Tags: , . Uncategorized. 4 comments.