Perintis Pembelajaran Holistik
Beberapa buah sekolah di seluruh negara telah dikenal pasti untuk dijadikan perintis bagi pelaksanaan program pembelajaran yang lebih holistik kepada murid sekolah rendah.
Ia akan di laksanakan dengan murid-murid di sekolah berkenaan akan diajar bahasa ketiga dan juga sejarah di samping memberi penekanan kepada aktiviti kokurikulum.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) bagi melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kritikal tetapi konstruktif.
Fasa Terakhir KPLI dan Sajak Kematian
Fasa terakhir KPLI
Aku sedang menghayati minggu minggu yang terakhir sebelum bercuti. Minggu peperiksaan telah pun berlalu dan hanya menunggu kursus KISSM dan BTN sahaja lagi.Sekarang ini berdebar menunggu di manakah nasib aku untuk di tempatkan adakah di semenanjung atau aku akan berpeluang untuk naik belon ke sabah dan sarawak?.
Sajak Kematian
Banyak isu isu pendidikan yang kita dengar sekarang, antara isu semasa yang paling hangat ialah mengenai sajak Kematian yang di tayangkan kepada murid sekolah rendah. Ada pro dan kontranya, DS Hismuddin Hussien telah menyatakan pendapatnya yang tidak bersetuju mengenai tayangan ini di sebabkan ketidaksesuaian usia murid murid ini untuk melihatnya.
Bagi yang bersetuju pula ada juga hujah mereka tersendiri. Ada yang berpendapat tayangan ini memberi banyak faedah contohnya kesedaran anak mereka kepada kepentingan mengerjakan solat telah bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Tambah mereka lagi jika nak di bandingkan dengan ketakutan yang di alami oleh murid murid ini, apakah bezanya dengan tayangan di kaca tv? contohnya cerita hantu di TV3 setiap malam jumaat ataupun cerita Seeker di NTV7? dan banyak lagi vcd cerita seram yang mudah di beli di pasaran. Menurut mereka lagi di bandingkan dengan tayangan sajak kematian yang di pantau oleh guru, tayangan yang di TV ini pula kadangkala tanpa pengawasan sesiapa jika ibubapa tiada di rumah.
SUMBER GAMBAR:http://www.tranungkite.net
Nampaknya Menteri kita akan mengambil tindakan sewajarnya termasuklah akan mengenalpasti siapa yang menerbitkan video ini.Menurut pengadu, tindakan menayangkan sajak kematian ini menyebabkan anak mereka berbeza dari keadaan sebelumnya dan di hantui ketakutan walaupun ada kebaikannya kepada murid murid ini. Sebenarnya masaalah yang berlaku ialah di sebabkan tayangan video ini tidak mengikut aras kognitif murid itu sendiri. Seharusnya sajak ini masih tidak perlu untuk tayangan di peringkat di usia tujuh tahun. Seharusnya kajian harus di lakukan oleh pakar pakar pendidikan di waktu usia berapa yang paling sesuai untuk di sajikan tayangan ini kerana ada kebaikannya juga tayangan sajak kepada murid murid untuk meningkatkan kesedaran mereka sebagai orang Islam.
Kemaskini: DS Hismuddin telah mengarahkan tayangan video sajak kematian di tarik balik.







