Guru yang ‘Bersandar’ di bilik guru(guru sandaran)

Oleh: Khakiku(Penulis Tamu)

Salam buat umat guru sekalian( termasuk yang bakal menjadi guru). kat sini aku nak kongsi pengalaman menjadi guru sandaran kat sekolah rendah. cerita bermula disini(chewah, dah macam novel plak). Tahun 2004 aku dinobatkan sebagai graduan yang agak tak berjaya di UiTM, ye ar…. CGPA tak sampai 3 pointer pon…. lepas jer aku menerima segulung kertas yg bergelar ijazah, zaman kejatuhan pon bermula….. semuanya serba tak menjadi…. dah beribu-riban resume aku anta ke syarikat2 swasta dan juge badan perkhidmatan awam… tapi.. tapi sumenyer menemui kegagalan. satu petang tengah aku lepak melayan DVD Shrek kat umah, member lame aku kol… ‘ woit, sekolah aku nak pakai cikgu sandaran.. nak tak?’ tanpa menggunakan otak kanan kreatif aku, aku pon terus terima….. hehe, dipendekkan citer, hari pertama aku jadi cikgu memang kelam kabut sket. lepas lapor diri, ade sesi perkenalan ngan cikgu2 sekolah tu dalam mase yang terlalu singkat(nampak sangat sekolah tu kekurangan guru) aku terus jumpe ngan guru yg nak meng’handover’ kan tugas2 aku…. peh…. kalau tengok dengan mate 7.0 megapixel aku nie, nampak macam banyak jer… tapi takper, sebagai hero aku kene terima tu sume sebagai satu cabaran….. tepat jam 3 ptg, aku pon memulekan kelas aku yang pertama….. masuk jer kelas… (sambung dalam siri yg kedua)

July 30, 2008. Tags: , . Penulis Tamu, Uncategorized. 1 comment.

Nisbah Pelajar

Suasana pembelajaran di sekolah memerlukan penambahbaikan untuk memastikan bahawa taraf pendidikan di negara kita mencapai tahap yang membanggakan. Kita mempunyai pengurusan yang baik namun dari beberapa segi, ada lompong lompong yang perlu di tampung supaya ia tidak menjejaskan matlamat pembangunan modal insan seperti yang di harapkan.

Saya ingin sentuh satu perkara yang berlaku di sekitar lingkungan diri saya ketika ini. Perkara ini memerlukan perhatian dari kerajaan iaitu nisbah pelajar di dalam kelas yang masih tidak berubah dari dahulu hingga sekarang. Terdapat sehingga 45 orang pelajar dalam satu kelas yang menyebabkan suasana pembelajaran yang kondusif gagal untuk terlaksana. Bayangkan anda sebagai guru mahu memastikan dalam 45 orang pelajar itu tidak ada yang tercicir dari pembelajaran.

Sebenarnya ini memerlukan perbelanjaan yang besar untuk kerajaan menyediakan lebih banyak sekolah,atau menambah bilangan bangunan sekolah supaya nisbah pelajar yang besar ini dapat di kurangkan. Namun bilangan bangunan sekolah yang besar masih perlu di fikirkan kesesuaiannya seandainya suasana kondusif tidak terlaksana. Maksudnya yang bertambah hanya bangunan, tetapi kawasan persekitaran masih yang lama,yang menyebabkan kesesakan,bising, masaalah prasarana seperti padang yang kecil atau terpaksa di korbankan kerana pembinaan bangunan baru. Kerajaan seharusnya kena banyak mengeluarkan peruntukan kepada pendidikan kerana pendidikan adalah batu asas kepada kemajuan negara.

July 24, 2008. Tags: . Coretan Seorang Bakal Guru. Leave a comment.

Kedatangan Portugis Ke Melaka

July 18, 2008. Tags: . Kajian Tempatan. 3 comments.

Minggu pertama yang sumbang

Isnin yang kedua aku berada di sekolah sebagai guru praktikal.Hari ini aku dan rakan guru pelatih yang lain telah mendapat tugasan masing masing.Aku mendapat tugas sebagai guru SBPT(buku teks) dan guru pengawas..

Pengajaran seperti biasa, aku sudah dapat mencari rentak  berbanding di minggu pertama yang agak sumbang..haha.Aku harap minggu ni akan menjadi lah segala yang di rancangkan dalam P&P aku..Aku nak jadi guru yang kreatif..tapi?..aku nak jadi guru yang di senangi dan di hormati oleh guru lain dan anak murid tapi macamana?…

Hmmm aku masih mencari identiti…samada ingin menjadi guru yang garang atau friendly,aku sesuai sebagai guru yang friendly tapi aku takut andainya aku akan gagal mengawal murid-muridku di dalam kelas..kerana mereka tak takut dengan aku..

July 7, 2008. Tags: . Coretan Seorang Bakal Guru. 1 comment.