Peruntukan RMK 9 untuk pendidikan di kurangkan
Pemuda Umno meminta kerajaan mengkaji semula tindakan mengurangkan peruntukan kepada Kementerian Pengajian Tinggi sebanyak RM800 juta dalam tempoh Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9).
Sabtu lalu, menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Unit Perancang Ekonomi (EPU) mengurangkan peruntukan tersebut sebagai langkah jimat cermat kerajaan yang memerlukan dana yang besar untuk subsidi, khususnya makanan.
Mengulas perkara tersebut, Exco Pemuda Umno, Datuk Sazmi Miah berkata, pendidikan adalah keperluan asas seperti makan minum dan oleh kerana itu ia tidak perlu dikurangkan.Pendidikan penting kepada rakyat dan kerana itu saya berharap peruntukan tersebut dikembalikan semula kepada kementerian berkenaan,” katanya.
No Comments Yet
Be the first to comment!






