Hari Pertama

Hari yang di tunggu telah tiba..aku melangkah keluar dan menutup rapat  rapat pintu rumahku…krik krik..alunan daun daun pintu memecah keheningan pagi.Dingin suasana pagi menusuk ke liang-liang tulangku..krok krok perutku berdendang lagu perang. Aku masih belum bersarapan lagi untuk pagi ini, takpelah nanti pukul 10 aku akan makan hidangan yang telah di sediakan untuk aku dan juga orang-orang lain, yang penting ada ongkosnya.  20 minit kemudian aku telah sampai ke destinasi yang telah di janjikan. “Asalamualaikum!, pakcik ,boleh saya tahu di mana bilik guru besar?”  … ” awak terus ikut lorong tu di depan tu awak naik ke tingkat satu,kat situlah bilik guru besar”,”terima kasih pakcik”..

Dan bermulalah episod pertama aku berada di sekolah untuk praktikal selama 12 minggu…

June 30, 2008. Tags: . Coretan Seorang Bakal Guru. 3 comments.

E-Book KPLI

Saya menerima satu soalan berkaitan dengan manual E-Book KPLI dari seorang pembaca blog saya. Secara ikhlasnya saya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam berkenaan dengan manual E book tersebut.Namun saya ada pengalaman berkenaan dengan pembelian e book tersebut tahun lepas (mungkin e book yang berbeza  ) dalam persediaan menghadapi temuduga. E-book tersebut memberikan saya password untuk memasuki forum yang mengandungi pandangan rakan rakan dan pengetahuan mereka tentang temuduga KPLI. Sedikit sebanyak ia memberikan saya tips-tips yang berguna, namun yang mengecewakan e book tersebut tidak berbaloi kandungannya berbanding dengan harga yang saya bayar. Kerana sebenarnya ia bukan E-book  tetapi adalah forum!.
Apa yang saya tulis berkenaan dengan tips KPLI adalah berdasarkan pengalaman saya semasa mengikuti temuduga tersebut. Kerana saya juga ingin memberikan pertolongan sedikit sebanyak untuk membantu rakan rakan di luar sana menghadapi temuduga. Namun bagi saya tidak salah untuk membeli e-book tersebut namun kena lebih berhati-hati supaya tidak tertipu dengan isi kandungannya.

June 29, 2008. Tags: . Coretan Seorang Bakal Guru. 4 comments.

Kreativiti dalam P&P

Kelas hari ini berlalu seperti biasa, dan kami dah berjaya menghabiskan microteaching untuk Kelas KSM En Mahdi,seorang pensyarah prolifik yang mempunyai banyak idea-idea yang menarik mengenai pengajaran dan pembelajaran. Seorang pensyarah yang kreatif dan merupakan salah seorang guru inovatif dari 14 orang dari setiap negeri. Hari ini En Mahdi, memberikan kepada kami idea untuk menggunakan lagu sebagai bahan pengajaran.Caranya ialah dengan mengubah lirik-lirik dari lagu rakyat kepada lirik yang mempunyai kandungan pelajaran.Contohnya lagu Jambatan Tamparuli di gubah menjadi lagu Negeri Sabah. Lagu ini boleh di nyanyikan di dalam kelas untuk menarik murid mengikuti pembelajaran secara lebih berkesan.

Sepanjang mengikuti kelasnya, kami berjaya membuka minda bahawa P&P (Pembelajaran Dan Pengajaran) tidak sekadar hanya membuka buku teks, tetapi P&P boleh di pelbagaikan seperti mengadakan permainan,kuiz,silangkata dan banyak lagi idea,yang pentingnya kita sebagai guru kena sentiasa berfikir secara kreatif.

June 24, 2008. Tags: . Coretan Seorang Bakal Guru, Uncategorized. 2 comments.

Tips dan Panduan KPLI

Ketika ini mungkin calon calon temuduga KPLI sedang berdebar menanti keputusan panggilan temuduga yang akan dapat di ketahui pada 15 Julai ini. Selepas itu pastinya anda akan mencari pelbagai tips-tips menghadapi temuduga,mentelaah buku dan internet,mencari bomoh,mencari orang dalam . Sebenarnya kaedah dan teknik menghadapi temuduga untuk KPLI tidaklah jauh berbeza dengan temuduga yang lain,cuma yang membezakannya ialah sebagai calon temuduga yang juga calon guru,anda haruslah mempunyai identiti sebagai guru.Maksud disini termasuklah cara percakapan,pakaian yang sesuai,penampilan dan gaya yang sesuai dengan imej profesion perguruan. Di galakkan sebagai calon  temuduga,lelaki hendaklah berpakaian kemeja putih lengan panjang,seluar gelap dan kasut berkilat seeloknya kasut kulit,kenapa?.Pakaian kemeja putih lengan panjang adalah pakaian rasmi untuk Kakitangan kerajaan,so ada kaitan kan dengan jawatan guru? lagi mau explain ker?korang pun faham kan?. Manakala perempuan di galakkan berpakaian baju kurung bertudung(bagi perempuan islam yang tidak bertudung di galakkan bertudung kerana sebagai seorang penemuduga Islam mungkin terdapat perasaan emosi terhadap yang tidak bertudung dan mungkin akan menjejaskan peluang anda.(pendapat saya secara logik!)
Sebelum menghadiri temuduga pastikan anda mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang isu-isu semasa terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan ,ilmu keguruan,dasar-dasar kerajaan berkenaan dengan pendidikan (jangan lupa baca PIPP!(Pelan Induk Pembangunan Pendidikan) soalan favourite!. Anda juga haruslah bersiap sedia dengan segala ilmu termasuk mengurangkan rasa gementar anda dan bersikaplah dengan berani semasa menghadiri temuduga.
Untuk anda semua,saya beritahu apa yang berlaku semasa temuduga KPLI.Pertamanya, anda akan menunggu giliran di luar bilik temuduga bersama calon-calon lain.Setiap kos mempunyai bilik temuduga sendiri,maknanya mereka yang di luar bilik itu adalah calon yang turut memohon kos yang sama.Oleh itu anda hendaklah menegur mereka dan bersikap ramah  (jangan sombong!)dan ikhlas  ,janganlah kerana nakkan sesuatu .Tak berkat beb!. Ini kerana mungkin mereka akan menjadi rakan forum anda semasa di dalam bilik temuduga.Oleh yang demikian wujudkan keserasian dengan mereka untuk mendapatkan idea dan mengurangkan perasaan malu dan gementar jika sudah berada di dalam bilik temuduga.Untuk makluman anda temuduga di jalankan dalam dua bahagian,pertama adalah secara berkumpulan dan yang kedua adalah secara individu. Anda juga boleh mendapatkan maklumat daripada calon yang sudah di temuduga(calon kursus yang sama)untuk soalan kumpulan kerana terdapat kemungkinan soalan yang sama yang di tanya oleh penemuduga.Jadi anda sudah boleh berbincang tajuk tersebut dengan rakan calon di luar sebelum masuk ke dalam dewan temuduga. Penemuduga biasanya 2 orang jadi anda hendaklah memandang ke dua-dua mereka semasa menjawab soalan individu. Semasa sesi kumpulan,anda boleh memberi pendapat terhadap tajuk yang di berikan, namun jangan sesekali anda menyampuk jawapan rakan yang lain kerana ini menunjukkan anda kurang sopan. Ketika ini ,anda hendaklah menganggap penemuduga tidak berada di dalam bilik tersebut, dan berilah pendapat dengan nada yang jelas dan bersemangat dan yang paling penting tidak merapu atau merepek,kerana penemuduga melihat kepada jawapan kita yang bernas.
Selepas keluar dari bilik temuduga ucapkanlah terima kasih kepada penemuduga.

*Semasa di minta memperkenalkan diri anda boleh memperkenalkan diri anda sebagai calon guru..contohnya Nama saya Hamdan bin harun calon guru KPLI….anda boleh guna idea lain untuk menunjukkan semangat dan tekad anda yang betul-betul berminat memohon kursus ini.Namun jangan ‘over’ cukupla.haha!
Ok semoga berjaya calon-calon guru!!

June 23, 2008. Tags: , , . Coretan Seorang Bakal Guru. 4 comments.

Gagal Kuasai Ilmu Kerana Kurang Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merupakan asas yang membolehkan anak-anak menguasai pelbagai ilmu-ilmu yang lain. Tidak mungkin anak-anak akan dapat menimba ilmu dengan baik sekiranya dia tidak boleh membaca. Ini kerana apa sahaja ilmu baik Matematik, Sains, Bahasa dan lain-lain memerlukan anak-anak menterjemah “kumpulan simbol-simbol” (yang kita panggil “perkataan”) yang memberikan maklumat tentang ilmu yang disampaikan.

Menurut kajian… ramai murid yang gagal mempamerkan kemajuan atau kecemerlangan dalam akademik dan peperiksaan adalah berpunca dari kegagalan mereka menguasai kemahiran membaca. Murid yang merangkak-rangkak dalam membaca sebenarnya menghabiskan terlalu banyak masa cuba mengenali perkataan sedang apa yang sepatutnya dilakukannya adalah memahami keseluruhan konteks ayat. Mereka mungkin boleh mengenali bunyi perkataan tetapi atas sebab yang dinyatakan tadi… mereka gagal memahami maklumat yang cuba disampaikan

Ini tentunya berbeza dengan anak-anak yang mahir dalam membaca di mana penterjemahaan simbol-simbol menjadi perkataan berlaku secara otomatik dan masa yang optimum dapat digunakan bagi menganalisa ayat-ayat yang mengandungi maklumat berguna.

Apa tanggungjawab kita sebagai ibu bapa?

Kita tidak seharusnya menyerahkan bulat-bulat pendidikan anak-anak kepada tadika dan sekolah semata-mata. Kita mesti proaktif dan memainkan peranan utama dalam pendidikan anak-anak. Dan ini mestilah bermula sedari awal dan bermula dari rumah.

Kesuntukan masa tidak boleh dijadikan alasan… kerana pendidikan anak-anak di peringkat awal ini sebenarnya tidak mengambil masa yang panjang. Kita hanya perlukan 5 – 20 minit setiap sessi.

Pilihlah bahan-bahan pendidikan yang baik seperti Bacalah Anakku, ReadEasy dan Al-Furqan yang telah dibentuk secara sistematik agar boleh digunakan oleh ibu-bapa bagi mengisi 5 – 20 minit ini dengan cara terbaik.

Contohnya… luangkan masa selepas solat untuk mengajar anak mengenali Al-Quran melalui sistem Al-Furqan. Hanya 5 minit diperlukan untuk setiap sessi. Atau luangkan 5 minit selepas makan malam atau sebelum tidur untuk mengajarnya membaca. Tak pun anda boleh pasang kaset/CD yang dibekalkan bersama-sama set-set pendidikan ini ketika di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau semasa bersiar-siar sekeluarga.

Masa depan anak-anak di tangan kita. Berikan yang terbaik untuk mereka.

June 20, 2008. Tags: , . Wacana. Leave a comment.

Next Page »